D-Life

Ini sebab tonton aksi ghairah dan porno boleh goyahkan rumahtangga…

Oleh  | 

MENONTON video porno  bagi sesetengah pasangan yang sudah berkahwin mungkin adalah satu benda normal. Tapi, apa yang kita ‘suapkan’ ke dalam minda secara berlebihan semestinya memang mempengaruhi gaya hidup kita.

Siapa sangka menonton video porno secara kerap memberi kesan buruk terutamanya kepada keutuhan rumahtangga.

Berikut adalah 5 benda yang mungkin akan terjadi kepada rumahtangga korang sekiranya terlalu banyak menonton  video porno.

via GIPHY

Tak sama macam realiti

Bila menonton filem dewasa, seseorang mungkin akan memiliki tahap expectation pasangannya yang tersendiri. Dia membayangkan pasangannya akan mempunyai performance yang sama seperti yang dilakonkan pelakon dalam filem tersebut. Kesannya, hubungan korang tidak lagi mengambil kira emosi dan hanya bergandung kepuasan fizikal semata-semata.

Hanya objek

Seperti yang ditunjukkan dalam kebanyakkan filem porno, mereka memperlakukan wanita hanyalah sebagai objek. Perilaku gender yang ditunjukkan sangat bahaya jika diaplikasikan dalam kehidupan nyata. Wanita selalu ditunjukkan macam ‘alat pencetak wang’ yang diperlakukan kasar.

via GIPHY

Pasangan terganggu

Hubungan intim antara bpasangan sepatutnya didasari oleh rasa hormat antara satu sama lain. Namun, apa yang ditonjolkan filem mereka hanyalah sekadar ‘memuaskan’ hero mereka walaupun ia bakal memberi rasa kurang senang di pihak yang lain.

Situasi yang tak berlaku di dunia nyata

Dalam filem dewasa ada bermacam scene yang sebenarnya tak wujud pun di dunia nyata. Ia sekadar menyuapkan fantasi dalam kepala masing-masing. Sebagai contoh kes ahli keluarga yang membuat hubungan intim dengan ipar sendiri atau majikan yang ada skandal dengan bibik sendiri.

via GIPHY

Main kayu tiga benda biasa

Oleh sebab korang dah banyak sangat tengok filem yang banyak selingkuh. Korang pun terfikir untuk buat benda ni dan anggap ia menyeronokkan. Korang mula nak melakukan hubungan intim macam orang lain. Ia semestinya bakal memberikan kesan buruk terhadap rumahtangga yang korang bina.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Isteri adalah anugerah, bukannya sekadar objek seksual.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my