Be-You-Ty

Ini sebabnya kamu asyik lapar sebelum period

Oleh  | 

“EH, kenapa aku asyik lapar ni?”

“Alah, kau nak period la tu”

Situasi ini mungkin sangat familiar bagi kamu. Memang ada satu masa kamu tiba-tiba terasa tak ada mood, lemah semangat dan mudah marah. Tak lain tak bukan, pasti kamu sedang mengalami Premenstrual syndrome iaitu sindrom hendak datang bulan.

Ada waktu selera makan kamu pun berubah dan mengidam makanan manis seperti kek, coklat dan aiskrim.

via GIPHY

Semasa period, hormon estrogen dan progesteron akan turun naik menyebabkan kamu berasa lapar. Antara sebab lain, termasuklah badan akan sedang memberi reaksi kepada perubahan insulin. Ini menyebabkan kamu mengalami pengurangan gula dalam darah.

Itulah sebabnya kamu tiba-tiba teringin membeli sedozen coklat atau membeli beraneka kek di kedai.

via GIPHY

Walaupun kamu risau coklat dan manisan akan merosakkan diet kamu, namun, apa salahnya jika sebulan sekali kamu bercuti daripada diet dan menikmati coklat tanpa rasa bersalah.

 

Lakukan senaman ringan dan makan berkhasiat

FOTO: Unsplash

Selain menikmati coklat yang sedap, apa kata kamu lakukan juga senaman seperti berjalan atau yoga. Kamu juga boleh banyakkan pengambilan makanan berserat semula jadi seperti kurma, walnut, yogurt, dan kulit kayu manis untuk menstabilkan kandungan gula  dalam darah.

 

Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain

 

FOTO: Unsplash

Jika kamu mengalami PMS, jangan bandingkan diri kamu dengan kawan-kawan yang tidak mengalami masalah ini. Kamu perlu tahu bahawa tidak semua wanita akan mengalami apa yang kamu lalui. Oleh itu, penting bagi kita semua untuk menghormati perubahan personaliti rakan-rakan terutama ketika mereka sedang bergelut dengan sindrom datang bulan ini.

 

Beri peluang kepada diri kamu

 

FOTO: Unsplash

 

Jangan terlalu bertegas kepada diri kamu. Perubahan mood akan menyebabkan kamu mudah melenting. Kamu mungkin tidak menyenangi perubahan itu tapi janganlah pula ia membuatkan kamu membenci diri sendiri sampai menganggap period sebagai suatu sumpahan. Kamu boleh mengawalnya dengan berfikiran positif dan berbual bersama rakan-rakan yang membahagiakan.

 

 

Sumber: The Huffpost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my