D-Life

Ini sebabnya kenapa seseorang itu selalu muncul dalam mimpi kita…

Oleh  | 

BAGI sesetengah orang, mimpi hanyalah mainan tidur dan tidak perlu terlalu difikirkan. Namun, ada yang berpendapat, mimpi selalu membawa mesej yang lebih besar dan bukan hanya ‘sebahagian dari fasa rehat badan’.

Sebagai contoh, bekas kekasih yang sudah lama kita tidak dengar khabarnya atau kawan-kawan sekolah muncul tiba-tiba di dalam mimpi. Sudah tentu ia sesuatu yang aneh dan membuat kita tertanya-tanya apakah ada mesej yang cuba untuk disampaikan?

Mimpi adalah sebahagian daripada kehidupan nyata. Ini kerana otak akan memproses emosi dalam hidup kita sehingga kita menghasilkan sebuah dunia baru ketika tidur.

via GIPHY

Sebab itulah, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam mimpi kita walaupun ia hanyalah orang asing yang korang terjumpa lima minit lalu.

Menurut pakar kesihatan tidur Alesandra Woolley, seseorang akan kerap muncul di dalam mimpi jika kita menghabiskan banyak waktu dengannya.

Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu berjaya membuat kita berminat dengannya di dunia nyata. Kerana terlalu memikirkannya, kita juga sangat berpotensi untuk melihatnya di dalam mimpi.

Bagaimana kalau kita pula yang muncul di dalam tidur seseorang?

Tidak semestinya kita harus memiliki hubungan rapat untuk muncul di dalam mimpi seseorang. Tapi ia adalah petanda seseorang itu tertarik kepada kita dan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

via GIPHY

Menurut pakar itu lagi, jika seseorang itu bermimpi tentang kita. Orang itu mungkin berminat untuk bersahabat atau berminat kepada kita.

via GIPHY

Selepas ini kalau kita termimpi-mimpi seseorang di dalam tidur, terutama kawan lama. Apa kata korang telefon dan bertanya khabar. Mana tahu rupanya memang dia sedang teringat akan korang. Sweet kan?

 

Mimpi memanglah hanya mainan tidur. Tapi kalau dah mimpi makan kek sedap-sedap macam mana? Bab makan boleh buat gaduh tau! Check this out girls!

 

 

 

12 Comments

  1. Tj

    5 August 2019 at 11:50 pm

    Soo klau kite Tak mimpi org tu,means org tu stop igt kt kite?

    • Wafa Aula

      3 October 2019 at 12:11 pm

      Mungkin. Tapi kalau dah selalu mimpi pun lain pula, kan?

      • nurul

        17 October 2019 at 1:35 pm

        kalau kite selalu mimpi dye??apa.petanda betul?

  2. mohammad harez

    15 October 2019 at 2:10 pm

    baru-baru saja saya berputus dengan kekasih dan tidak lama kemudian saya ade bermimpi dia , bermaksud dia ade memikirkan saya?

  3. Adib hakimi

    27 November 2019 at 1:57 am

    Saya ade sekali mimpi member lama main kat tepi bangunan tingkat 3 Kat kaki lima die panjat (nk menyorok ) x tahu buat ape pastu saya dtg dekat die nk jatuh saya dpt tangan die pastu dh hampir separuh die nk naik dari kaki lima die tergelincir jatuh.saya terbangun itu hanya mimpi terang kan ape maksud yang mimpi tersebut sedang bagitau saya .

  4. Lc

    8 December 2019 at 7:23 pm

    Mimpi mmng mainan tidur tpi sye nk tnye adekah kite bermimpi seseorang dia akn mmpi yg sme mcm kite.. sbb terdengar org yg berkate begitu tpi x thu betul atau tidak..

  5. Nazu

    15 December 2019 at 9:32 am

    Mimpi kawn lama xpi dia telh hilg lma akhir jumpa msa Thun 2 Bulan dia jirn seblh jw hrmm

  6. Nurul marissa

    27 December 2019 at 9:25 pm

    Kalau kita mimpi seseorang yamg kita cintai bersama ibu bapa dia sekali kita mimpi jugak .Apa maksud mimpi itu?

  7. Hmm

    29 February 2020 at 7:05 am

    Dedor dah jadi bini orang

  8. Naz

    4 March 2020 at 12:07 pm

    Mcm mana pula kalau mimpi ex byk kali and smpai tahap mimpi last tu dia dtg nak bunuh kita? Tak pernah contact sejak putus and tak pernah teringat psl dia pun.

  9. Elisa

    26 March 2020 at 8:38 pm

    Tapi macam mana kalau seseorang itu selalu dalam mimpi kita kadang kadang?
    Walaupun kita tak pernah bertemu dengannya.

  10. Nana

    27 March 2020 at 4:28 am

    Macam saya pula dulu ada sorg lelaki ni die slalu tgk ig story saya n like pic2 saya, berapa tahun dulu la then now die muncul lagi buat bnda yg Sama sedangkan saya dh ada boyfriend. Tak tau knpe skg ni saya kerap mimpikn die🤔 perlu ke saya bgtau die pasal mimpi ni???

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my