D-Life

Ini sebabnya kenapa seseorang itu terjaga dari tidur pada waktu malam…

Oleh  | 

SEDANG lena dibuai mimpi indah, tiba-tiba tepat jam 3 pagi terjaga! Mesti benda macam ni pernah tak jadi benda ni dekat  korang kan? Bukan sekali dua jadi,kadang kala hampir setiap malam boleh jadi.

Bila puas fikir punca dan tak tahu kenapa perkara ni terjadi dekat korang, mula lah nak fikir bukan-bukan seperti korang dah terkena gangguan dan sebagainya.

Sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang menjadi sebab kenapa korang selalu terjaga pada tengah malam. Meh sini baca apa yang sis nak kongsikan dekat korang.

Masalah waktu tidur

Mungkin ramai diantara korang kaki tidur awal dan sebenarnya tidur terlalu awal juga boleh menjadi sebab kenapa korang sering terjaga. Kalau korang nak tidur awal, pastikan korang tidur pada jam 9 hingga ke 11 malam. Ini disebabkan waktu tidur terbaik adalah dalam jangka ini.

Terjaga tengah malam

Mesti ramai juga diantara korang yang terjaga pada pukul 11 malam hingga ke 1 pagi kan? Ha sis faham kenapa. Sebenarnya ini menandakan korang sedang mengalami masalah gangguan emosi. Untuk mengelakkan diri daripada terjaga pada waktu ini, pastikan emosi korang stabil sebelum tidur.

Terjaga pada pukul 3 pagi

Kalau korang terjaga pada waktu ini, mesti korang rasa takut kan? sebab waktu begini sering dikaitkan dengan perkara-perkara seram yang sedang menganggu korang tengah tidur tu. Tidak semestinya, sebenarnya kalau korang sering berjaga pada waktu ini, ia bererti korang mempunyai isu yang membuatkan korang marah pada hari tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, korang cuba untuk tenangkan diri dulu.

Terjaga waktu 5 ke 7 pagi

Waktu pagi ketika ini adalah dimana waktu usus mula bekerja. Kalau korang perasan, waktu-waktu ini lah kita sering merasakan untuk membuang air besar . Menurut dari psikologi pula, jika korang sering terjaga pada masa ini, ini bermakna korang sedang mengalami gangguan emosi. Cuba lakukan regangan atau senaman supaya korang mudah sikit untuk kembali lena.

Sumber:Siraplimau.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my