Serious?!

Ini senarai 5 lagu paling banyak dimainkan di Spotify 2019

Oleh  | 

BEBERAPA minggu lagi 2019 akan meninggalkan kita. Kemunculan lagu-lagu di lama streaming paling popular iaitu Spotify tidak kurang berjaya menyediakan platform untuk lagu-lagu yang boleh memeriahkan hari-hari kita semua.

Dalam berjuta lagu yang dihasilkan oleh seluruh dunia pada tahun ini, berikut adalah 5 lagu yang berjaya mendapat tempat di hati pendengar seterusnya meletakkan lagu-lagu ini di tanga teratas paling banyak diputarkan sepanjang 2019.

Jom kita tengok apakah lagu-lagu tersebut.

Dua Lipa- Don’t Start Now

Dilancarkan pada 1 November lepas, tapi lagu ini mencatatkan 25,86 juta kali streaming di Spotify. Mengisahkan tentang kekasih yang sudah move on dari hubungan lepas.

Post Malone – Circles

lagu rapper Amerika ini telah mendapat tangga teratas di Billboard Hot 100. Ia telag diputarkan sebanyak 28,08 juta di Spotify.

Selena Gomez- Lose You to Love Me

Ramai yang cakap lagu ini ditujukan kepada Justin Bieber. Ia ditulis sendiri oleh Selena bersama-sama Julie Michaels, Justin Tranter, Mattias Larsso dan Robin Fredriksson.

Maroon 5- Memories

Lagu ini diterbitkan pada September 2019. Paling istimewa, Adam Lavine dedikasikan lagu ini kepada semua yang merasa kehilangan. Secara spesifik, artis itu kehilangan pengurus Maroon 5 Jordan Feldstein pada tahun 2017.

Tones and I- Dancing Monkey

Lagu ini memang hit dekat seluruh dunia. Mana taknya, lagu ini sangat catchy, memorable dan rasa macam nak menari. Pendek kata, memang unik!

Jadi antara senarai lagu ini mana satu yang paling korang suka?

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my