D-Life

Ini sepatutnya masa yang korang patut ‘spend’ dekat ‘Socmed’

Oleh  | 

KHABAR kawan-kawan kita yang jauh dan lama tak jumpa boleh saja kita tahu melalui alam maya. Ada yang pergi melancong, naik pangkat, bersalin, berkahwin,  atau apa sahaja semuanya ada di media sosial.

Benda-benda macam ini kadang buat kita rasa tak bahagia dan selalu rasa tak cukup sebab asyik bandingkan diri dengan orang lain.

Ini berita baik untuk korang yang selalu rasa down setiap kali tengok media sosial. Caranya ialah korang boleh kawal masa yang korang spend untuk media sosial.

via GIPHY

Menurut kajian yang diterbitkan Journal of Social and Clinical Psychology pada Disember tahun lalu mereka yang mengurangkan masa melayari media sosial sehingga 30 minit sehari boleh memiliki keadaan mental yang lebih baik.

Sebuah kajian lain yang dilakukan oleh University of Pennsylvania menunjukkan hasil yang serupa. Mereka yang mengurangkan masa sehingga 30 minit di media sosial dapat meningkatkan rasa bahagia selain dapat mengurangkan rasa kesunyian dan depresi.

via GIPHY

“Ia agak ironi sebenarnya jika kita kurangkan masa di sosial media, ia juga dapat mengurangkan perasaan sunyi dalam diri seseorang,” kata Melissa Hunt yang juga merupakan ketua penyelidik kajian berkenaan.

via GIPHY

“Ia disebabkan oleh perbandingan yang berlaku di media sosial terutamanya Instagram membuatkan kita merasakan kehidupan orang lain lebih menarik daripada apa yang kita ada.” Katanya.

Sebenarnya tak semua yang dikongsikan di Instagram atau di media sosial menunjukkan kehidupan sebenar seseorang. Siapa tahu di sebalik senyuman dan gelak tawa gambar di laman sosial sebenarnya terselit kesedihan yang disembunyikan. Yelah kan, semua orang boleh bermuka-muka di hadapan kamera.

Apapun, jom kita sama-sama cuba luangkan lebih banyak masa di alam realiti berbanding alam maya. Dengan ini, kita akan lebih  menghargai apa yang ada di sekeliling kita, kan?

 

Sumber: Huffpost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my