Dhia Glam

Ini strategi pilih baju ikut bentuk tubuh kamu agar lebih ‘boom’!

Oleh  | 

CUTI semester sudah hampir habis. Inilah masanya untuk kamu membuat persiapan seperti keperluan sesi pembelajaran dan penampilan ke kelas. Sudah tentulah kamu ingin mendapatkan baju baru untuk lebih bersemangat menghadapi tugasan, kuiz dan peperiksaan.

Apa kata kamu kenal pasti dahulu jenis bentuk badan sama ada bentuk pear, jam pasir, epal atau bertubuh lurus. Ini akan membantu kamu memilih apakah pakaian dan gaya yang sesuai dengan bentuk tubuh kamu untuk kelihatan lebih menawan.

Silakan ke hadapan cermin dan perhatikan betul-betul apakah sebenarnya bentuk tubuh kamu.

Bentuk epal

FOTO: Stylecraze

Jika ukuran pinggang, dada dan bahu kamu melebihi ukuran pinggul kamu, ertinya kamu mempunyai badan berbentuk epal. Bagi wanita bersaiz epal, ia agak mencabar mencari gaun yang bersesuaian. Silap memilih gaun akan membuatkan kamu bertambah gemuk. Oleh itu, kamu dinasihati untuk mencari baju berbentuk A atau bewarna gelap untuk membuatkan kamu kelihatan langsing.

 

Bentuk lurus

FOTO: Stylecraze

 

Jika ukuran bahu, pinggang, dan dada kamu tidak banyak beza dengan ukuran pinggul, maka kamu mempunyai badan berbentuk lurus. Walaupun begitu, kamu perlu tahu bahawa tidak semua baju sesuai digayakan oleh kamu. Elakkan memakai pakaian ketat kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan terlalu kurus. Pilihlah pakaian sedikit besar dan mengembang seperti ruffle atau chiffon.

 

Bentuk pear

FOTO: Stylecraze

Jika ukuran pinggul kamu melebihi ukuran bahu maka kamu mempunyai badan seakan-akan buah pear. Ada boleh mengenakan aksesori leher untuk mengimbangi bentuk tubuh kamu. Elakkan memakai pakaian yang melekap di tubuh atau memakai seluar yang ketat.

Bentuk jam pasir

FOTO: Stylecraze


Jika ukuran bahu dan pinggul seakan-akan sama maka kamu mempunyai badan berbentuk jam pasir yang dikatakan tubuh idaman para wanita. Dengan tubuh sebegini, kamu boleh pakai pelbagai jenis pakaian. Ini termasuklan baju potongan peplum atau gaun sequin.

Sumber: www.stylecraze.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my