DhiaLova

Ini tanda si dia hanya sesuai jadi kawan berbanding pasangan

Oleh  | 

KATA orang, lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan baik. Nanti mesti salah seorang daripadanya akan menaruh perasaan. Betul ke kenyataan tu? Tapi macam mana kalau sebenarnya lelaki dan perempuan itu sesuai berkawan sahaja berbanding menjadi pasangan. Sis yakin mesti ada sesetengah daripada kita pernah menghadapi situasi seperti ini kan?

So kali ini sis nak share tanda-tanda seseorang lelaki itu hanya sesuai menjadi sahabat kita sahaja dan bukan pasangan kekasih supaya lepas ni tak ada lah korang rasa keliru dengan perasaan korang sendiri. Check it out!

Hubungan korang hanya dipenuhi dengan gurauan

Bila hubungan korang dan pasangan korang hanya tertumpu pada perkara-perkara remeh dan gurauan, ternyata korang lebih selesa menjadi sahabat berbanding pasangan kekasih.

Sis tahu kebanyakan pasangan kekasih pun akan melakukan hal yang sama tetapi apa yang membezakan adalah lelaki itu akan ada effort untuk kenal hidup korang dengan lebih rapat dan berbual perkara-perkara serius seperti hala tuju hubungan dan sebagainya. Kalau hubungan korang hanya dipenuhi dengan gurauan sahaja, better jadi kawan je kan?

Pemikiran yang berbeza tentang sebuah perhubungan

Macam mana nak jadi pasangan kekasih kalau setiap masa korang sering bertentangan pendapat dalam sesuatu perkara. Misalnya, korang sejenis yang memilih untuk berkahwin awal tapi si dia pula sejenis yang tak fikir langsung tentang perkahwinan. Confirm setiap masa korang akan argue kan? Penat lah!

Percaya cakap sis untuk sesiapa yang masih mempertahankan hubungan yang selalu mengalami pergaduhan atas sebab tidak sefahaman, better korang let go je hubungan korang dan terima hakikat bahawa hubungan korang tidak akan menjadi baik sekiranya kedua-duanya keras kepala. Kawan sahaja lebih baik kan.

Si dia bukanlah seorang yang stabil

Ini salah satu sebab yang perlu kita ambil berat dalam menjalinkan sebuah perhubungan. Bercinta dengan seorang yang tidak stabil dari segi emosi dan financial bukanlah hal yang baik untuk kedua belah pihak. Mungkin korang lebih sesuai menjadi sahabat si dia dan mungkin dengan menjadi kawan korang boleh membantu si dia menghadapi masalah-masalah yang sedang dihadapinya.

Kalau korang dah in relationship tapi hubungan korang tak boleh pergi jauh, jangan buang terus pasangan korang dalam hidup korang. Mana tahu pasangan korang akan menjadi lebih baik dan memahami apabila hubungan korang bertukar semula menjadi sahabat. Kalau dari mula lagi si dia memang tak cool, hentikan je lah niat nak menjadi pasangan. Risau bila dah jadi pasangan nanti, bila putus di tengah jalan terus buat tak kenal. Tak sayangnya persahabatan yang pernah terjalin sebelum ni? Eee sumpah tak cool!

Apapun, antara nak teruskan jadi kawan atau bertukar jadi pasangan semuanya terletak ditangan korang sebab korang je yang betul-betul kenal si dia ni orang yang macam mana. Jangan stres nak buat keputusan okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my