Dhiaventure

Ini tempat makan wajib pergi kalau korang singgah Kelantan!

Oleh  | 

BISANYA kalau kita sembang dengan member mana tempat best nak pergi dekat Malaysia. Mesti orang pergi ke Terengganu. Jarang betul nak sebut Kelantan. Tapi mungkin tak ramai yang tahu bumi Serambi Mekah itu sebenarnya mempunyai banyak sangat tempat makan seronok untuk korang cuba.

Seorang pengguna twitter bernama @aimannfateh ada berkongsi di laman Twitternya tempat-tempat makan di Kelantan. Semuanya bermula apabila kawan-kawannya dari Kuala Lumpur menziarahi Aiman untuk mengenali bumi Kelantan.

Perkongsian Aiman telah mendapat perhatian netizen apabila mendapat 9 ribu retweet dan 12 ribu likes.

Kopitiam Kita

Tempat makan seronok untuk bersarapan ialah sebuah kedai bernama Kopitiam Kita. Dekat sini korang wajib cuba menu utama mereka iaitu Roti Titab yang korang boleh pilih sama ada perasa pandan atau klasik yang diletakkan bersama-sama telur separuh masak dan kaya. Harganya RM5

Nasi Kak Wok

Orait maybe korang dah pernah dengar sebelum ini nasi Kak Wok. Tapi yang kali ini versi asli Kelantan. Kedainya terletak di Lundang. Sangat sedap dan harganya sekitar RM4 hingga RM5.

Maggie Belut

Ha? Belut? Ya betul! Korang tak salah baca. Maggie Belut Tomyam ni kuah ni memang sangat pekat. Sangat sesuai untuk korang yang suka makan pedas. Nama kedai tu Restoran Za Maggi Belut berhadapan SMK Long Ghaafar.

 

Roti Cotek

Roti Cotek atau Roti Tampal adalah menu paling terkenal dekat Berek 12. Harganya RM2 sahaja sepinggan. Roti dia sangat lembut dan kuah kari dia memang terbaik.

Mee Pok Mie Scekok

Ia adalah mee yang di makan bersama-sama lauk ayam dan telur puyuh. Korang pon boleh pilih jenis mee macam maggie, mee, bihun atau Kue tiau. Harga dalam sekitar RM5 hingga RM8 semangkuk. Boleh waze Mee Scekok.

Nasi Kerabu Jijah Nk Stall

Bukanlah pantai timur namanya kalau tak pekena Nasi Kerabu paling best di Kedai Buluh. Korang kena rasa kambing bakar tumis. Minum pula sekali dengan Teh Ais Hijau Buih. Harga Nasi kerabu Kambing RM6 manakala Teh Ais Hijau Buih RM2.30.

 

Alamak, lapar pula sis tengok gambar-gambar yang Aiman kongsikan ni. Rasa macam nak buat jalan-jalan cari makan dekat Kelantan dan pergi semua kedai dekat atas ni. Ok la geng, sis nak bersiap bertolak pergi jalan-jalan dekat Kelantan kejap lagi. Bye!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my