D-Life

Ini tips penting menghadapi jerebu yang korang kena tahu

Oleh  | 

JEREBU merupakan satu fenomena yang biasa berlaku di mana debu, haba, asap dan lain-lain zarah yang mencemar kejelasan langit. Selalunya jerebu yang sering berlaku di negara kita berpunca daripada pembakaran hutan secara besar-besaran dan proses pembinaan infrastruktur yang baru.

Baru-baru ini lebih 1,000 hektar hutan terbakar di Riau, Indonesia. Ini juga merupakan salah satu punca terjadinya jerebu apabila pembakaran secara besar-besaran berlaku hingga boleh menjejaskan udara kita.

Bila dah mula jerebu ni korang perlu berhati-hati dan jangan ambil mudah tentang penjagaan diri. Hari ini Dhia nak share dengan korang tentang tips penjagaan diri semasa menghadapi jerebu. Ini penting untuk kesihatan diri kita tau so jom kita go through tips kat bawah ni dan sila take note!

Duduk di rumah atau tempat tertutup

Tutup serapat mungkin tingkap dan pintu korang semasa berada di rumah atau di tempat yang tertutup. Make sure ruang-ruang kecil pun ditutup serapat mungkin bagi mengelakkan udara luar masuk ke dalam rumah.

Kurangkan aktiviti luar

Bahaya pencemaran udara ni bergantung kepada kesihatan seseorang individu. Jika seseorang itu menghidap penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung dan penyakit strok, risiko untuk terkena serangan penyakit sangat tinggi. Sama juga dengan golongan warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak. So korang kena pastikan ahli keluarga dan kenalan rapat sentiasa berada dalam keadaan yang baik semasa jerebu ni tau?

Pakai penutup muka (face mask)

Tutup bahagian hidung dan muka korang dengan menggunakan mask sekiranya korang keluar daripada rumah. Make sure korang gunakan topeng dengan cara yang betul. Korang boleh gunakan surgical mask ataupun N95 mask. Kat sini Dhia share sekali cara penggunaan topeng muka dengan betul.

FOTO: brad.erva-doce.info

Amalkan pemakanan sihat

Banyakkan makan buah-buahan yang kaya dengan kandungan Vitamin C (oren, jambu batu, strawberi), vitamin E (kekacang) dan asid lemak omega-3 (minyak ikan).

Banyakkan minum air putih

Yang ni korang jangan ambil mudah. Minum air putih dapat membantu menyingkirkan toksin di buah pinggang yang diserap oleh kulit dan paru-paru. At least kena minum 2 liter sehari. Lagi satu, kurangkan minuman berkafein dan beralkohol kerana ianya akan menggalakkan kehilangan cecair daripada badan kita.

Kerap cuci tangan dan muka

Walaupun kita tak keluar daripada rumah, tapi kulit kita masih menyerap udara-udara kotor. So cuci muka dan tangan korang sekerap yang boleh. Jangan malas mandi kalau nak keluar daripada rumah tau?

So inilah tips-tips penting tentang penjagaan diri semasa jerebu. Bahaya juga kalau jerebu ni berterusan. Selain dari menjaga diri semasa jerebu, korang boleh juga elakkan jerebu dengan tidak mengamalkan pembakaran secara terbuka. Kita kan berkongsi udara yang sama. Ambil berat sikit please!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my