Serious?!

Ini ‘top 5’ persembahan sepanjang Anugerah Juara Lagu paling diingati!

Oleh  | 

SEJAK Anugerah Juara Lagu diperkenalkan pada tahun 1986, kita bukan sahaja dapat melihat evolusi muzik dan wajah-wajah baharu yang hadir menghiasi industri hiburan tanah air.

Namun, pentas berprestij seperti AJL  sekali gus adalah gelanggang para penyanyi menyampaikan lagu mereka dengan cara yang paling kreatif agar ia menjadi persembahan yang diingati bertahun-tahun lamanya oleh penonton.

Kadangkala, terdapat beberapa lagu yang tidak pula menyandang apa-apa anugerah pada tahun tersebut. Namun, kerana cara penyampaian lagu yang begitu mengesankan  membuat ia menjadi lagu yang diingati oleh khalayak.

Menerusi akaun Instagram @theDhiamy, kami sempat bertanya apakah antara persembahan sepanjang Anugerah Juara Lagu yang tidak boleh dilupakan.

Ini adalah senarai top 5 yang diberikan pembaca Dhia. Jom kita tengok persembahan siapa yang menawan hati penonton!

BACA: Ini 5 busana di pentas AJL paling ‘lit’!

Noraniza Idris, AJL 19

Sebut sahaja Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani, tak ada siapa yang boleh menafikan kelunakkan suaranya menyanyikan lagu-lagu irama etnik kreatif. Ratu Irama Tradisional itu juga menjadi antara perserta AJL  yang ditunggu-tunggu setiap tahun kerana persembahannya yang memang meriah!

Menerusi akaun bernama haziz_gilbert, itsjellygee dan arifeddy, mereka turut berkongsi perasaan yang sama apabila menyatakan persembahan Kak Ani selalunya penuh dengan penari.

Siapa yang tidak seronok menonton persembahan Hatinya Tak Tahan pada AJL 19. Kak Ani yang berbusana tradisional berwarna merah jambu dan tariannya yang mengasyikkan itu memang boleh bawa kita menari bersama! Tak hairanlah jika Kak Ani berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik pada malam itu.

Faizal Tahir, AJL 23

Pada AJL ke 23, Faizal Tahir telah mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Sampai Syurga dan Cuba. Nampaknya pembaca Dhia menerusi akaun Instagram eizzatjeffrytwenty2 dan anidatahrim  memilih lagu Sampai Syurga sebagai persembahan yang tidak dapat dilupakan setakat ini.

Faizal Tahir betul-betul memukau penonton dengan nyanyiannya yang penuh penghayatan. Ia dimulakan dengan sedikit lakonan di awal persembahan sebelum beliau benar-benar bersinar dan membawa penonton tenggelam di dalam lagu yang dinyanyikannya. Penuh emosi! tak hairanlah jika Faizal berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik malam itu. Bravo!

Siti Nurhaliza, AJL 17

Tak lepas juga nama penyanyi tersohor Siti Nurhaliza kalau nak membahaskan persembahan yang paling diingati. Pemilik akaun Instagram Zulrizalazrin dan Fikrisyafiq menyatakan Nirmala adalah persembahan terbaik AJL yang paling disukainya. Dengan iringan penyanyi dan busana indah yang dikenakan Siti, cukup melayakkan sirinya merangkul trofi Persembahan Terbaik malam itu.  Wow!

Syamel & Ernie Zakri,  AJL 32

Moving on to the next performance! Nampaknya persembahan Syamel dan Ernie Zakri turut disebut-sebut sebagai persembahan paling diingati. Ia diakui oleh pemilik akaun lilocas dan aimin1 yang mengkategorikan persembahan mereka sebagai ‘epik’!

Walaupun tidak membawa pulang trofi Persembahan Terbaik, tapi chemistry di atas pentas yang ditunjukkan Ernie dan Syamel benar-benar menjadi dan ia sekali gus menyentuh perasaan penonton! Siapa yang boleh lupa nyanyian mereka kan?

Caliph Buskers, AJL 29

Romancinta nyanyian MOJO bukanlah lagu yang mudah untuk disampaikan. Apalagi kalau ia untuk sebuah pertandingan sepenting AJL. Namun sebuah kumpulan yang selama ini hanya busking di hadapan pusat beli-belah menjadi terkenal dalam hanya satu malam sahaja. Mana tidaknya, penyanyi utama kumpulan Caliph Buskers benar-benar cemerlang menyanyikan lagu itu sehingga membuatkan satu stadium berdiri dan bersorak mendengar nyanyian mereka.

Meremang bulu roma mendengarkan nyanyian mereka sewaktu di AJL. Mereka memang layak membawa pulang trofi Persembahan Terbaik untuk tahun itu sekali gus mengubah nasib mereka dalam industri hiburan tanah air.

BACA: ‘Fun’, bersahaja, Sherry dan Alif sekali lagi kongsi pentas AJL 33

AJL ke 33 bakal berlangsung Ahad ini. Tak sabar rasanya untuk menyaksikan persembahan artis tanah air! Nantikan update terkini daripada team Dhia di website ini dan Instagram theDhiamy tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my