Dhiaventure

Ini ‘trick’ nak pergi ‘Disneyland’ supaya tak sesak untuk tahun 2019

Oleh  | 

BILA sebut sahaja Disneyland, mulalah terimbau kembali zaman-zaman kecil waktu tonton filem kartun terkenal seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain.

Tapi membayangkan keadaan Disneyland waktu percutian dan harga tiket yang mencanak naik bukanlah sesuatu yang mengujakan. Maka kita pun menundakan hasrat untuk mengunjungi alam fantasi itu.

Tapi jangan sedih, korang masih boleh teruskan hasrat korang itu. Korang hanya perlu tahu bila agaknya masa yang sesuai untuk mengunjungi tempat itu.

via GIPHY

Pilih bulan bersesuaian

Pilihlah bulan yang dikatakan ‘sepi’ dan tak bukannya cuti umum seperti Krismas. Contoh terbaik adalah bulan Januari, Februari dan pada pertengahan bulan Ogos.

Selain bulan yang dinyatakan di atas, korang juga boleh consider untuk pergi Disneyland pada pertengahan September. Ini kerana, pada waktu ini, tiket untuk semua pakej ke Disneyland akan menjadi jauh lebih murah.

via GIPHY

Katakanlah korang dah berusaha untuk pergi pada waktu yang dibincangkan di atas. Tapi tetap juga tak boleh. Apa kata korang datang pada bulan Julai. Lebih afdhal kalau korang pilih  tarikh 26 haribulan ke atas.

Hindari daripada membeli tiket ‘fleksibel’. Walaupun tiket jenis ini membolehkan orang untuk pergi ke Disneyland pada hari apapun,tapi tiket ini sebenarnya jauh lebih mahal berbanding harga tiket untuk pakej yang lain.

Okey,apapun. Kunci utama kalau nak travel adalah mencari waktu yang bersesuaian dan rancanglah perjalanan korang.

Psstt, ni Dhia nak bagi tahu sikit. Dengar cerita tema taman megah dekat Disneyland waktu musim gugur tahun hadapan ialah Star Wars: Galaxy’s Edge. Kalau korang peminat Walt Disney, inilah masanya.

 

 

 

 

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my