
D-Life
Ini ‘trick’ paling onz supaya tak cepat dahaga waktu puasa
DUGAAN paling dugaan waktu bulan puasa ni ialah cepat sangat haus. Kalau tahan lapar tu perut kita masih boleh bawa bincang lagi. Tapi kalau nak tahan haus, memang peritlah sikit kan?
Dugaan haus ni memang sangat terasa lebih-lebih lagi bila kita menahan lapar dan dahaga lebih daripada 12 jam. Tubuh dewasa yang normal memerlukan 2.5 liter air iaitu kira-kira 8 gelas sehari. Jadi, macam mana kita nak dapat 2.5 liter air tu waktu tengah berpuasa.
Pakat Zat Makanan, Hardinsyah telah memberikan satu formula ringkas tentang bagaimana nak cukupkan bilangan air dalam badan kita waktu tengah puasa supaya kita taklah rasa haus sangat dan tak terhidrasi.
1 gelas sewaktu bangun tidur
2 gelas ketika sahur
1 gelas selepas berbuka puasa
3 gelas selepas makan
1 gelas sebelum tidur
Hardinsyah turut mengingatkan semua untuk memeriksa warna air kencing korang bagi mengetahui adakah tubuh korang terhidrasi atau tidak.
Sekiranya warna air kencing korang coklat dan kekuningan, maka badan korang kurang air. Jadi korang kena perbaiki kuantiti air dalam badan korang. Minum lebih banyak air setelah berbuka puasa okey. Barulah onz!
Maka itulah trick yang dikongsikan pakar. Jadi, sama-samalah kita amalkan supaya dapat menahan dahaga dan tak terliur masa tengok orang minum air. Selamat beramal dan banyakkan bersabar di bulan puasa ini!

Komen Terkini