D-Life

Ini yang akan terjadi kepada otak jika kita kurang tidur!

Oleh  | 

ORANG dewasa disarankan untuk tidur 7 hingga ke 8 jam setiap hari secara normalnya. Namun, 1 daripada 3 orang dewasa di dunia tidak cukup tidur dalam sehari. Kebanyakan orang dewasa hanya tidur 5 jam sahaja dan ada juga yang kurang daripada itu.

Sebenarnya kurang tidur boleh menyebabkan berlakunya masalah pada badan termasuk otak. Korang nak tahu tak apa yang terjadi  pada otak jika kita kurang tidur dan paksa diri untuk bekerja pada waktu itu? Meh Dhia share dekat korang apa akibatnya. Lepasni beware tau!

Mudah rasa terganggu

Salah satu ciri orang yang kurang tidur tetapi tetap bekerja adalah mereka akan kurang fokus dengan pekerjaan mereka. Salah satu cara otak kita memaksa diri kita untuk terus terjaga adalah dengan mencari gangguan yang terdapat pada sekeliling kita. Sebab itu lah kita akan kurang fokus apabila kita kurang tidur dan rehat. Bukan cinta je tak boleh dipaksa, diri sendiri pun jangan dipaksa juga tau!

Mudah rasa cemas

Selain kurang rasa fokus, orang yang kurang tidur biasanya akan merasa mudah cemas apabila berhadapan dengan sesuatu perkara. Orang yang kurang tidur akan mengalami cemas lebih 30%  berbanding orang yang cukup tidur. So kalau dah mula rasa cemas tu ambil masa sebentar untuk rehatkan diri. Kalau korang paksa diri bekerja dalam keadaan yang cemas, kemungkinan kerja yang dihasilkan juga akan kurang berkualiti.

Mudah marah

Ha, perkara ini biasa sangat berlaku. Bila tak cukup tidur dan perlu bekerja pada waktu itu, automatik emosi kita akan jadi kurang stabil kerana otak kita tidak cukup rehat. Kalau korang ada kawan yang suka grumpy dekat tempat kerja tu bersabar jelah. Pesan dekat dia lepas ni tidur awal je.

Berani ambil risiko yang membahayakan

Tidak cukup tidur dan rehat boleh menjadikan seseorang itu kurang berfikir secara rasional. Bila fikiran dah mula dikuasai dengan emosi, tidak mustahil seseorang itu akan membuat keputusan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang rasional. Ish bahaya ni.

Nampak tak betapa besarnya impak jika seseorang itu kurang tidur. Jangan paksa diri untuk berjaga malam lebih-lebih lagi apabila korang perlu bangun pagi keesokan harinya untuk bekerja. Bila tak cukup tidur, kualiti kerja pun akan terjejas dan emosi akan terganggu. So lebih bayak buruk daripada baik kan?

Jaga waktu tidur korang lepasni okay? Baru lah boleh ceria!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my