D-Life

Ini yang korang boleh belajar dari rancangan Netflix terkenal ‘Tidying Up With Marie Kondo’

Oleh  | 

KALAU korang jenis penonton tegar Netflix, mesti korang tahu  siri terkenal “Tidying Up With Marie Kondo”.

Ia adalah siri yang mengajar tentang macam mana korang nak bersihkan dan susun harta benda yang menggunung tinggi dekat rumah tu.

Siri Netflix tersebut sebenarnya diangkat daripada buku bestseller tulisan pakar mengemas Marie Kondo dalam bukunya bertajuk The Life-Changing Magic of Tidying Up yang menggunakan teknik ‘KonMari’ semasa mengemas rumah.

Teknik ‘KonMari’ adalah teknik yang membuatkan penonton membuat keputusan dan mempertimbangkan adakah barang yang ingin disimpan itu spark joy atau tidak. Ia adalah perkataan yang berkali-kali diulang oleh Marrie Kondo setiap kali mengajar penonton menyusun barang.

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan menonton siri terkenal ini di Netflix, jangan risau sebab Dhia dah tolong highlight apa yang korang kena buat untuk menyusun atur barangan korang.

Sebelum start kemas, cuba visualize

via GIPHY

Kalau korang perasan, setiap episod sebelum Kondo memulakan teknik mengemasnya, dia akan meminta kita untuk membayangkan apa yang ingin dikemaskan.

Sebelum korang meneruskan hasrat untuk mengemas sesuatu tempat, korang kena bayangkan dulu apa yang korang nak susun tu.

Ia termasuklah membayangkan feelings yang korang nak rasa setiap kali masuk ke dalam rumah. Soalan itu sebenarnya sangat penting untuk memberikan semangat  mengingatkan diri kenapa korang nak mengemas sesuatu tempat.

Kenal pasti barang-barang korang

via GIPHY

Satu lagi benda penting yang Kondo ajar ialah korang kena sentuh barang-barang korang supaya sedar diri betapa banyaknya barang korang selama ini. Kemudian, barulah buat pertimbangan barang mana yang patut disimpan dan mana yang perlu dibuang.

Fokus apa yang korang perlukan

via GIPHY

Ada satu episod di dalam siri ini apabila Rachel bertanya kepada suaminya:

“Bila kali terakhir awak pakai T-shirt lama ini?”

Tapi Kondo kemudian menegur Rachel dan berkata dia hanya perlu fokus kepada barang dan bajunya sahaja. Bukan barang orang lain. Jadi, semasa mengemas, korang kena fokus kepada barang korang dan jangan hilang fokus untuk melihat salah orang lain.

Jujur pada perasaan

via GIPHY

Ha! jangan terkejut. Kondo juga ajar cara macam mana nak jujur dengan perasaan. Korang kena kenal pasti adakah sesuatu barang itu memberikan joy atau tidak kepada korang. Dengan ini, korang akan lebih  bersemangat kerana mempunyai alasan untuk menjaga dan menyusun ataur barangan korang. Jika tidak, korang kena lepaskannya dan ucapkan terima kasih kerana pernah berjasa selama ini.

Menghargai apa yang ada

via GIPHY

Setelah korang selesai pilih dan kemas barang-barang korang. Kondo juga ajar supaya kita menghargai apa barang yang miliki. Selepas itu, cuba kenal pasti manakah barang yang memberikan nilai sentimental kepada diri kita.

Barang-barang bersifat sentimental ini akan memberikan aura baharu dan sumber kekuatan kepada diri kita. Sebab itulah, kalau kita tengok keseluruhan episod, Kondo tidak pernah judge seseorang untuk menyimpan apa-apa barang yang mempunyai nilai sentimental.

Semua orang tidak mungkin mendapatkan hasil yang sama dengan mengikuti cara yang dicadangkan Kondo. Namun, tidak mengapa. Setidaknya ia boleh membantu korang untuk enjoy melakukan sesuatu yang baru walaupun perubahan itu sikit dan kecil kan?

 

Sumber: Huffpost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my