D-Life

Ini yang korang boleh lakukan jika rasa sakit belakang

Oleh  | 

AMBOI lamanya duduk, buat-buat la bangun dari kerusi tu make a move sikit. Itu lah punca utama korang rasa sakit belakang dan rasa lenguh badan.

Bila rasa sakit belakang mula lah kerja terganggu. Aduh! hilang mood nak buat kerja. Chill guys, sakit belakang dan lenguh badan ni sebenarnya boleh dilegakan dengan mudah je.

Meh sis kongsi dengan korang bagaimana nak mengatasi masalah ini.

Lakukan senaman ringan

Apa yang korang boleh buat adalah, korang ajak rakan sekerja untuk bersenam bersama dalam tempoh masa hanya 5 minit sahaja. Kadang kala kita tak perasaan yang kita tak banyak bergerak sebenarnya punca korang sakit belakang tu. Jadi bangun dan bergerak bersenam supaya boleh hilang rasa lenguh tu.

Balm otot atau koyok

Tips yang mudah, korang boleh sapu balm atau tampal koyok ditempat yang sakit dan lenguh tu Tips ni boleh membantu korang rasa lega sedikit.

Cari titik melegakan sakit atau lenguh

Sis sarankan dekat korang untuk belajar mencari titik-titik yang menyebabkan sendi korang lenguh tu. Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan rasa sakit atau lenguh.

Berurut

Apa kata korang ambil sedikit masa untuk bagi otot-otot yang tegang tu berehat sekejap dengan berurut. Berurut dapat melegakan otot yang tegang tau. Tapi pastikan korang cari tukang urut yang betul ye.

Dapatkan rawatan

Jika korang dah buat semua yang sis senaraikan di atas tapi still rasa sakit juga, lebih baik korang pergi dapatkan rawatan. Kadang kala kita sebagai manusia biasa sering memandang remeh akan kesakitan yang melanda. Lebih baik korang check awal, kalau ada berpunca dari apa-apa penyakit , at least boleh dapatkan rawatan yang betul!

Moga-moga dengan apa yang sisi kongsikan ni, dapatlah membantu korang rasa lega daripada sakit dan lenguh tu. Jangan lupa untuk share artikel ini dengan dengan rakan-rakan yang lain okay!

 

Sumber: Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my