Sayang Dhia

Ini yang patut korang buat bila bercakap dengan orang yang depresi…

Oleh  | 

PAGI itu macam biasa, kami semua masuk kerja. Tapi yang peliknya apabila meja di sebelah kiri terus kosong. Saya membelek telefon bimbit, membaca mesej terakhir yang dihantarnya malam semalam. Sayangnya saya sudah tidur. Ia mesej pendek berbunyi:

I can’t feel me anymore, aku nak stop. Aku penat”

Saya menghubunginya berkali-kali namun tak berjawab. Teringat ayat ‘aku nak mati, aku nak mati’ yang diulang-ulang sejak dulu.

Sudah masuk tengahari tiada khabar berita, kami pergi ke rumahnya dan mengetuk pintu berkali-kali. Namun tiada sebarang jawapan. Menurut teman serumahnya, dia telah menelan beberapa pil tidur sebelum terlena dengan sangat lama.

via GIPHY

Itulah masanya, saya menyedari bahawa penyakit kemurungan atau depresi sangat bahaya. Tak mustahil jika ia disenaraikan WHO sebagai penyakit keempat terbesar dan diramal menjadi antara sebab utama masalah kesihatan di dunia selepas penyakit jantung menjelang 2020.

Tidak semua boleh memahami dunia orang-orang yang menghadapi depresi. Mereka berada di titik terburuk dan terendah di dalam hidupnya.

Jadi, dalam situasi ini, kita tak boleh sesukati hati beri nasihat dan cakap yang bukan-bukan kepada mereka macam “Ala tak payah la manja sangat”, “cuba kau tarik nafas dan bertenang”.

via GIPHY

Kata-kata yang kita ucapkan mungkin kedengaran macam tidak memberi apa-apa makna, tapi ia sebenarnya boleh menghancurkan atau menyelamatkan seseorang.

Ada keadaan yang sebenarnya tidak memerlukan nasihat kita. Apa yang penting ialah cukup untuk meyakinkannya bahawa masih ada orang yang ambil peduli tentang dirinya.

Ini adalah antara apa yang korang boleh cakap atau ucapkan kalau berhadapan dengan kawan-kawan yang menghadapi depresi.

“Saya peduli tentang awak”

via GIPHY

Tak ada yang lebih melegakan daripada mengetahui bahawa kita tidak melalui perkara sukar itu sendirian. Itulah yang sepatutnya dirasakan oleh mereka yang mengalami depresi. Biar mereka tahu bahawa mereka tidak perlu untuk lari daripada masalah tersebut kerana kita akan berasa di sisinya bersama-sama.

“Saya tahu ini memang berat dan sukar, tapi apa kata…”

via GIPHY

Korang kena tunjukkan bahawa korang mengakui perasaan sukar yang kawan korang hadapi. Ini kerana, memang sukar untuk melakukan apa-apa tugas jika hidup di dalam kemurungan. Kalau nak lagi bagus, korang sendiri join cadangan yang korang bagi tu. Contohnya “Apa kata kita pergi bersenam sama-sama?”

“Tak ada yang salah untuk dapatkan rawatan”

via GIPHY

Mungkin masih ada lagi yang memiliki stigma negatif kalau nak mendapatan rawatan penyakit yang melibatkan kesihatan mental. Jadi, kita kena yakin bahawa ia bukanlah kesalahan untuk mendapatkan rawatan.

Keluar daripada kemurungan memang akan mengambil sedikit masa. Namun apa yang penting, setidak-tidaknya kita pernah melakukan sesuatu untuk membantu mereka di sekeliling kita untuk keluar daripada depresi, orait girls?

 

 

 

 

 

Sumber: Huffpost

1 Comment

  1. nur hidayah

    17 February 2019 at 6:03 pm

    thanks…slame ni sy menganggap sy seorng diri menghadapi dugaan dunia..sbb mk ayah terlalu busy dan beranggapan sy sudah besar dan pandai untuk uruskan diri sendiri

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my