Be-You-Ty

Ini yang patut korang elakkan daripada bibir korang gelap

Oleh  | 

MASALAH bibir gelap ini melanda kebanyakkan wanita dan kalau diikutkan memang wanita yang akan merasa insecure. Sebab wanita yang mempunyai bibir hitam ni boleh menampakkan muka kita nampak kusam.

Sebab tu wanita kebanyakkanya ingin memiliki bibir merah dan cerah. Kadang-kadang kita rasa malas la nak pakai lipstik hari-hari dan belm tentu elok juga.

Sudah tentu ada beberapa sebab kenapa bibir kita bertukar menjadi gelap. Meh sini sis bagitahu korang apa puncanya bibir menjadi gelap.

Menjilat bibir

Kadangkala kita tak sedar habit yang kita buat tu punca kenapa bibir ita menjadi gelap. Sikap menjilat bibir sebenarnya adalah salah satu punca kenapa bibir menjadi gelap dan sebenarnya sel-sel mati yang meransang bintik-bintik gelap pada bibir.

Jadi elakkan diri daripada sering menjilat bibir kita okay?

via GIPHY

Cahaya matahari

Sinaran cahaya matahari bukan saja mampu menukarkan kulit menjadi gelap malah bibir juga tidak terkecuali! Hal ini disebablan berlakunya hiperpigmentasi pada bibir.

Kerapkan penggunaan lip balm yang mengandungi SPF untuk melindungi bibir anda.

via GIPHY

Bahan kimia dalam gincu

Kulit bibir sebenarnya agak sensitif dan disebabkan sifatnya begitu menyebabkan bibir mudah menjadi gelap. Keadaan menjadi lebih teruk apabila gincu yang korang pakai tu mempunyai bahan kimia yang tidak semestinya sesuai dengan kulit kita.

Jadi pastikan korang bersihkan bibir dengan sempurna sebelum berehat dan elakkan memakai dengan terlalu lama.

via GIPHY

Kafein

Kafein juga merupakan satu bahan yang memudahkan bibir untuk menjadi lebih gelap. Hal ini disebabkan kandungan kafein di dalam kopi sebenarnya bersifat diuretik dan sekali gus akan menyebakan dehidrasi.

Jadi kawal lah pengambilan kafein korang okay!

via GIPHY

Itu lah antara penyebab utama mengapa berlakunya bibir bertukar menjadi gelap. Lepas ni cuba elakkan daripada melakukannya? Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my