Serious?!

Ini yang perlu korang ambil tahu sebelum memohon i-Lestari

Oleh  | 

“Gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini”

SEJAK perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 8 Mac 2020 lalu, kelihatan ramai orang mula mematuhi arahan dan lebih bertanggungjawab sejak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula membantu pihak kerajaan dalam menangani isu penularan wabak  COVID-19.

Tidak dinafikan, ada diantara kita yang kehilangan sumber pendapatan. Antaranya peniaga-peniaga kecil yang terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan dan pekerja bergaji harian tidak menerima gaji.

Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan inisiatif  bagi meringankan beban rakyat iaitu kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

via GIPHY

Sebelum korang memohon pengeluaran, ini yang perlu korang ambil tahu:

1. Kepada ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun.

2. Pengeluaran akaun 2 pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan sahaja.

3. Boleh mendaftar secara emal atau post bermula 1 April 2020.

4. Pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan bermula 1 Mei 2020.

5. Pemohon akan menerima pengeluaran melalui akaun masing-masing bermula pada 1 Mei 2020.

Baca juga: Komen Najib Razak membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan akaun 2

KWSP telah menyarankan agar korang membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan ia hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses. Berbanding permohonan secara emel dan pos akan memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli.

Perlu ingat ye, korang tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Korang boleh guna kaedah yang telah dinyatakan okay. Jangan tertipu dengan sebarang skim penipuan dan pastikan korang hanya berurusan dengan KWSP sahaja.

via GIPHY

Moga adanya inisiatif ini dapat membantu korang dikala situasi yang sedang melanda negara kita pada
waktu ini. Perdana Menteri mengharapkan agar semua orang sentiasa bermuafakat berganding bahu untuk menbendung masalah yang melanda seluruh negara ini.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my