Serious?!

Ini yang terjadi saat Adriana Lima tinggalkan Victoria’s Secret

Oleh  | 

Baru-baru ini dunia permodelan digemparkan dengan berita supermodel Adriana Lima yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pentas peragaan Victoria’s Secret dan pastinya pentas terakhirnya menjadi kenangan.

Matanya nampak berkaca-kaca diiringi tepukan gemuruh  ketika menyatakan bahawa ini ialah kali terakhir beliau memakai gelaran Malaikat antic dari Victoria’s Secret yang selalu dibanggakan.

Model daripada Brazil itu merupakan antara yang terlama menjadi sebahagian daripada Victoria’s Secret. Dalam pertunjukkan tersebut, video yang menceritakan  kerjayanya bersama Vintoria’s Secret ditayangkan mengiringi beliau  di atas pentas peragaan.

 

View this post on Instagram

 

Dear Victoria, Thank you for showing me the world, sharing your secrets, and most importantly not just giving me wings but teaching me to fly. ❤️ to the best fans in the 🌎! Love, Adriana 💖

A post shared by Adriana Lima (@adrianalima) on

Video menyentuh hati itu telah mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir sebagai tanda hormat. Pertunjukkan kali ini merupakan pertunjukkan ke-20 Adriana  sepanjang menjadi Malaikat Cantik Victoria’s Secret.

Khabar berita pengunduran wanita jelita itu pernah dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya. Dalam kapsyen tersebut, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada jenama pakaian dalam itu kerana  berjaya membawa namanya jauh dalam kariernya selama ini.

Adriana mula bergabung dengan Victoria’s Secret pada tahun 2000 dan pernah hilang seketika dari pentas peragaan pada tahun 2009 kerana mengandung anak pertama.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my