Serious?!

‘Instafamous’ muat naik gambar, netizen persoal motif emoji ‘love’ di muka Ismail Izzani

Oleh  | 

MEDIA sosial adalah tempat di mana sesiapa sahaja berhak untuk berkongsi kisah hidupnya bersama-sama masyarakat dunia. Maka, tidak hairanlah banyak luahan perasaan, informasi terkini, tips rumahtangga berlegar-legar di timeline laman Twitter korang, kan?

Tidak terkecuali diperkatakan netizen baru-baru ini ialah tindakan seorang Influencer, Sharifah Rose yang memuat naik gambarnya semalam di akaun Twitternya.

Tapi, apa yang mencuri perhatian netizen ialah gambar Sharifah Rose yang berdiri berlatarkan wajah Ismail Izzani yang ditutup dengan emoji ‘love’.

Tak senang duduk netizen dibuatnya. Banyak yang mempersoalkan apakah maksud emoji love pada wajah penyanyi lagu Bidadari itu?

Masing-masing mulalah terimbau kisah cinta model itu dengan Ismail Izzani yang terputus di tengah jalan sebelum ini.

Ada yang katakan itu adalah tindakan untuk menyembunyikan wajah bekas kekasih. Tidak kurang juga ada yang berteka-teki adakah model muslimah itu sebenarnya masih menyimpan perasaan kepada Ismail Izzani?

Aish, macam-macam lah netizen ni. Hati orang bukan kita boleh baca. Entah-entah Sharifah Rose tak sengaja pun nak letak emoji tu kan? Hmm, apapun nice juga style letak klip rambut dekat tudung macam Sharifah Rose buat ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my