DhiaLova

Is it okay kalau boyfriend kita still follow ‘ex’ dia dekat socmed?

Oleh  | 

OKAY sebab kita masing-masing perempuan, marilah kita jujur. Media sosial ini memang kadang buat kita risau sebab dia boleh buat kita jatuh cinta dengan orang lain. Ia juga boleh menjadi sebab kenapa sesebuah hubungan itu terputus di tengah jalan.

Pada masa yang sama, tak ada sesiapa yang nak bercinta dengan lelaki yang masih teringat sejarah cintanya dengan perempuan sebelum kita. Ini bermakna, dia masih lagi teringat bekas kekasih dia. Nak lagi kalau dia masih follow ex dia dekat socmed. Potensi dia untuk get back dengan ex dia dulu boleh berlaku. No way!

via GIPHY

Tapi, ini pandangan yang diberikan oleh Demestrius Figueroa yang menulis tentang ilmu perhubungan dan temujanji. Katanya, semua pasangan mempunyai cara dan situsi yang berbeza. Hanya kerana dia masih mengikuti bekas kekasih media sosial, itu tidak bermakna dia sudah berubah hati.

“Ada banyak orang yang masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas kekasih. Tapi setiap pasangan kena sedar bahawa bekas kekasih tidak sepatutnya mengganggu hubungan setia ada antara korang dan pasangan,”

Bekas kekasih adalah antara sejarah penting dalan hidup seseorang. Tak mengapa kalau masih berhubung asalkan masing-masing mempunyai jarak dan menjaga batas.

“Tapi, kalau korang nampak kekasih korang dengan ex dia masih like dan komen dekat gambar masing-masing. Korang patut rasa tak selesa dan terus tanya dekat depan muka kekasih korang tu betul ke dia masih tak ada perasaan langsung dekat bekas kekasih dia tu?”

via GIPHY

Tapi sebagai perempuan, korang pun kena berhati-hati. Jangan biar diri ditipu. Contohnya kalau kekasih korang masih ber-DM’s dengan ex dia. Tapi dia kata dia tak ada apa-apa. Korang dah patut curiga. Tak ada masalah untuk kekal berkawan dengan bekas kekasih. Tapi kalau dah sampai hari-hari nak contact, dah kenapa?

“Kalau korang tak selesa dengan cara boyfriend korang berkomunikasi dengan ex dia. Tak ada masalah untuk berterus-terang supaya dia boleh berubah,” katanya.

Apapun, jangan biarkan salah faham merosakkan hubungan korang. Atasi semuanya dengan cara yang matang. Kepercayaan adalah asas sesuatu perhubungan.

via GIPHY

Kalau kekasih dah beri kepercayaan untuk kita follow ex dekat socmed, jangan pula kita pergi musnahkan kepercayaan dia dan tak hormat kepada relationship yang sedang di bina.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my