Serious?!

‘It’s confirmed gais!’ Epik High akhirnya ‘reveal’ Yuna

Oleh  | 

MASIH ingat lagi tak pada tahun 2016 yang lalu, Yuna bergambar bersama kumpulan hip hop popular Korea, Epik High di Coachella 2016 di Amerika Syarikat? Kedua-dua peminat mereka masing-masing berharap agar dua pihak ini berkolaborasi menghasilkan lagu bersama.

Foto: Twitter

Baru-baru ini timbul desas desus mengatakan yang kumpulan Epik High bakal melancarkan album baru mereka pada 11 Mac ini. Hal ini terbukti sahih apabila Epik High memuat naik poster teaser album baru mereka di instagram.

Kalau teaser sebelum ni Epik High tidak mendedahkan sepenuhnya artis-artis yang bakal berkolaborasi bersama mereka, Epik High akhirnya mengumumkan secara rasmi line up artis-artis yang akan berkolaborasi bersama mereka menerusi album Sleepless In______. Ternyata Yuna menjadi salah seorang artis yang akan dalam album mereka selain daripada Suga BTS.

Rata rata peminat-peminat Epik High, Yuna dan BTS Suga meluahkan rasa gembira tentang kolaborasi mereka. Ramai yang dah teruja gila menanti.

Jadi sama-sama lah kita nantikan album mereka pada 11 Mac ini. Confirm dapat sambutan yang hangat punyalah dari peminat Epik High dan Yuna. Can’t  wait!

Foto: BeautifulNara

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my