Inspirasi Dhia

Jadi CEO pada usia muda…Why not?!

Oleh  | 

ADA pasang angan-angan nak jadi CEO di masa depan? Girls, nothing impossible! But of course lah kena usaha keras dari mula sampai menuju puncak. Nah, sebagai inspirasi apa kata tengok senarai beberapa CEO wanita yang usia semuanya muda-muda belaka.

Mungkin tak ada satu pun yang pernah dengar nama, tapi kekayaan mereka ini main juta-juta tau.

via GIPHY

Kelly Peeler

Berusia 30 tahun, Kelly merupakan pengasas NextGenVest iaitu syarikat yang memberikan nasihat kewangan hanya melalui teks pesanan. Ya, teks pesanan, sangat ringkas dan mudah!

Pelanggan boleh menghantar teks pesanan perihal kewangan bila-bila masa. Hasilnya, syarikat Kelly telah berjaya menyelamatkan ramai pelanggan sekali gus aset mereka yang bernilai lebih daripada USD39 juta. 

 

Kata-kata ajaib Peeler: “Become obsessed with a problem you’re trying to solve. If you’re not, you won’t be able to will yourself through yor failures”.

Alexis Irene

Masih muda, baru 25 tahun tapi Alexis dah pun pegang titile CEO dan pengasas Static Nails. Memulakan operasi dari rumah, syarikat Alexis berjaya menjana jualan sehingga USD500 ribu hanya dalam 6 bulan pertama.

Ianya kerana kebijaksaan Alexis yang mengadakan strategic partnerships dengan beberapa syarikat gergasi kecantikan seperti Sephora. Syarikat Alexis mengeluarkan kuku palsu yang menggunakan gam yang tak berbahaya dan boleh diulangpakai sebanyak 6 kali. 

Kata-kata ajaib Alexis: “Your actions will always speak louder than your words. You can talk about what you want to achieve, but at the end of the day you need to take action if you wish to see results.”

Katie Fang

Baru menginjak 27 tahun, Katie sudah pun bergelar CEO berjaya. Katie mengasaskan SchooLinks iaitu platform kurikulum bagi membantu pelajar mencari hala tuju dalam pendidikan untuk karier dan juga perancangan kolej. Tujuannya tak lain tak bukan bagi membantu pelajar untuk memasuki kolej yang diingini sekali gus mencapai cita-cita. 

Kata-kata ajaib Katie: “Your company can neve succeed if you don’t take the time to understand who you’ll market your product or service to.”

Daisy Jing

Mengasaskan syarikat Banish, Daisy hanya berusia 29 tahun ketika bergelar CEO. Syarikatnya mencipta formula untuk jerawat yang tak mengandungi benzoyl peroxide yang diketahui boleh menyebabkan keradangan dan kemerahan. Syarikat Daisy membangunkan produk berasaskan bahan semulajadi/organik yang sekali gus memberi pulangan lumayan sebanyak USD3.5 juta.

Kata-kata ajaib Daisy: “There will always be others with exactly the same problem with you. Turn a problem into a solution by starting a company.”

Polina Raygorodskaya

Berusia 32 tahun, Polina merupakan CEO kepada syarikat Wanderu iaitu syarikat yang menawarkan website yang membandingkan harga terbaik untuk pengangkutan bas. Wanderu menjadi pilihan dan mendapat keuntungan sebanyak USD8 juta dan semakin terus meningkat.

Kata-kata ajaib Polina: “You can’t do it alone. You need to build a support team around you to help grow your company.”

Macam-macam kan bisnes yang merekabuat, itu namanya berfikir di luar kotak. Apa yang orang tak buat dan rasa tak penting, itu yang mereka realisasikan sebab tahu ada permintaan. Mereka lebih updated dan advanced dan itulah antara kunci kejayaan utama. 

Penulis: Saylo Salwana

Sumber: real-leaders.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my