Diri Dhia

Jadi diri korang yang baru dengan 4 gaya rambut ini!

Oleh  | 

SETUJU tak kalau sis katakan mengubah sedikit penampilan kita akan dapat memberi aura baru kepada diri kita. Jadi, korang boleh mulakan dengan mengubah gaya rambut. Sebab itulah ramai yang cakap kalau korang baru lepas putus cinta, potong dan ubah gaya rambut adalah benda yang korang kena buat sebagai petanda korang adalah seseorang yang baharu dan ready untuk move on.

Jadi, ini antara 5 gaya rambut yang korang boleh cuba.

Short sweet

Gaya rambut pendek macam ini boleh buat lelaki tergila-gila sebab korang akan terlihat sangat comel dan lebih muda. Bukan itu sahaja, kalau korang nak uruskan rambut ini pun senang. Ia akan mengurai ke bawah kalau korang ketawa. Bukan itu sahaja, korang akan nampak sangat kemas kalau menggayakan apa-apa outfit.

Wavy hair

Rambut macam ini akan buat korang terlihat lebih dewasa. Gaya rambut macam ini akan beri korang efek gelombang. Ada dua pilihan nak menggayakan rambut ini iaitu belah tengah atau korang ikat ke belakang. Kalau korang ada muka yang bulat, gaya rambut ini sesuai untuk korang.

Ponytail hair

Kemasnya kalau ikat rambut kebelakang macam Selena Gomez ini kan? Gaya rambut yang macam ini akan menampakkan leher korang lebih jinjang. Tapi ingat tau, rambut korang pun kena bernafas. Jangan kerap sangat ingat. Sekali sekala, biarkan ia terlerai.

Messy hair

Rambut macam ini pun cantik tau. Ia akan membuatkan korang terlihat lebih santai. Bukan itu sahaja, korang pun akan nampak lebih seksi. Nak lagi kalau korang berambut pendek. Korang boleh buat ala-ala hair bun. Barulah nampak comel.

Amacam? menarik kan gaya rambut ini?  Agak-agaknya mana satu gaya rambut yang korang nak cuba dulu?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my