Serious?!

Jadi, kafir ke kalau ucap Merry Christmas dekat orang?

Oleh  | 

SATU benda yang kita semua kena berbangga ialah negara kita dihuni oleh pelbagai bangsa, agama dan budaya. Keunikan inilah yang membuatkan negara kita sangat istimewa. Kita belajar untuk hidup saling harmoni. Saling hormat menghormati dan meraikan perayaan kaum lain di negara kita.

Namun, pada masa yang sama, kita semua mengakui yang hal-hal berkaitan agama ini sangat sensitif. Sebagai seorang muslim, pertanyaan yang berlegar-legar di kepala kita apabila menginjak ke penghujung Disember ialah ‘Boleh ke ucap selamat hari natal atau merry christmas dekat kawan-kawan non Muslim kita?’

Jadi dalam artikel kali ini, apa kata kita borak-borak sikit hukum ucap hari natal yang sudah tercatat di laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan.

via GIPHY

Islam ini agama yang rahmat dan penuh kasih sayang. Jadi, Allah memerintahkan semua orang untuk buat baik dengan manusia. Macam yang tercatat dalam Surah Al Baqarah ni,

وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Maksudnya“…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.”

(Surah al-Baqarah: 83)

Apa maksud Merry Christmas?

Merry kalau menurut  Oxford katanya ialah ceria dan meriah. Manakala Christmas maksudnya ialah menyambut kelahiran Christ.

via GIPHY

Hukum

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, perbezaan fahaman pegangan sepatutnya tidak menjadi masalah untuk saling mengasihi mereka yang bukan Islam. Beliau berpendapat hukum harus ucapan tahniah kepada non-Muslim yang tidak memerangi dan memusuhi orang Islam. Menurut beliau, Nabi SAW sendiri sentiasa melazimi perbuatan baik dan akhlak mulia bersama non-Muslim, dan ini termasuk di bawah perintah ayat kelapan surah al-Mumtahanah.

أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِم

Maksudnya“…hendaklah kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka (non-Muslim).”

Surah al-Mumtahanah (8)

via GIPHY

Ha, jadi dah tahukan hukumnya harus? Bolehlah tweet dekat kawan-kawan bukan Islam korang selamat hari natal tanpa ragu. Yes!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my