Serious?!

“Jadi Tokti, adakah kita akan ke London?” Ini jawapan eksklusif Siti Nurhaliza!

Oleh  | 

SETELAH kejayaan konsert bersala besar di tiga buah kota iaitu Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur hebat diperkatakan warganet. Ramai yang tertanya-tanya adakah penyanyi nombor satu Malaysia itu akan meneruskan konsert keempat dan menawan Royal Albert Hall dengan persembahannya yang gilang-gemilang itu?

 

View this post on Instagram

 

@ctdk Sebelum dan selepas #sitinurhalizaontour di Kuala Lumpur. . Mengiringi dan menyambut. Iring dengan debar, sambut dengan senyum lebar. . ❤️❤️❤️

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Tidak mahu berteka-teki, team Dhia terus bertanya kepada yang empunya badan. Ini adalah jawapan eksklusif yang diberikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“InsyaAllah, kita tanyalah kepada peganjur.

“Sekiranya jadi, kita akan buat pengumuman. Kalau tak ada, tak apa,

Pelantun lagu Anta Permana itu enggan menjanjikan apa-apa. Jika rezeki memihak kepadanya, maka konsert di London akan diterusnya. Namun, sekiranya yang terjadi sebaliknya, Tokti tidak akan berkecil hati.

“Biar semua berjalan dengan sendirinya. Kalau ada sponsor, maka kita boleh buat konsert itu. Kalau tak ada, tak apa.

“Mungkin bukan rezeki saya. Kita cari masa dan tarikh yang lain,” katanya semasa ditemui di belakang pentas konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena Sabtu lalu.

Tak kisahlah kalau konsert di London itu tak menjadi. Sebab apa yang penting, konsert Tokti di ketiga-tiga kota memang betul-betul luar biasa dan trending diperkatakan netizen di laman sosial.

Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang dibawakan oleh Shiraz Project itu ternyata telah mengeratkan hubungan serumpun melalui muzik. Semua itu terjadi dengan sentuhan magis bernama Siti Nurhaliza. Terima kasih Tokti!

BACA: “Korang nampak saya ‘steady’ atas pentas, tapi…,” Tokti kongsi apa terjadi belakang pentas Siti Nurhaliza On Tour

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my