D-Life

Jadilah graduan yang bijak, Ini 5 waktu terbaik nak hantar resume kerja!

Oleh  | 

“Dah hantar resume merata-rata, tapi tak ada siapa call pun”

PERNAH tak korang ada rasa macam ni setiap kali hantar resume kerja? Korang pun mula meragui kemampuan diri sendiri sebab sampai hari ini tak ada lagi syarikat yang nak ambik korang bekerja.  Jangan bersedih dulu, mungkin korang tak menghantar resume pada waktu yang tepat.

Salah satu trick untuk dipanggil temuduga ialah dengan mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk menghantarnya. Jom baca sampai habis untuk mengetahui bila agaknya waktu yang paling tepat untuk memastikan resume kita dipilih oleh syarikat idaman kita.

Mohon pada hari pertama tawaran diumumkan

Korang kena rajin pantau mana-mana offer kerja di lama web aplikasi lamaran kerja. Kalau korang dah nampak ada tawaran kerja yang baru dimuatnaik, tak payah fikir banyak kali. Cepat-cepatlah mohon pada hari itu juga. Semakin cepat korang mohon, semakin cepatlah bakal majikan akan tengok CV korang.

via GIPHY

Hantar CV  pukul 6-9 pagi

Pukul enam hingga sembilan pagi adalah waktu terbaik untuk hantar pemohonan kerja. Ini kerana pekerja di syarikat akan memperuntukkan waktu tersebut untuk menyaring CV yang ada di emel syarikat mereka. Jangan hantar CV lepas pukul 10 tau.

Hantar pukul 1-2 petang

Kalau korang tak sempat hantar pada waktu pagi, korang boleh pergi lepas makan tengahari. Menurut Talentworks, potensi untuk majikan melihat CV selepas waktu makan tengahari akan meningkat sebanyak sebanyak 11 peratus. Hati-hati, jangan pergi hantar resume lepas pukul 2 sebab diorang mungkin malas dah nak tengok.

via GIPHY

Hantar pada hari kerja, paling best Isnin

Tolonglah jangan memandai hantar resume pada hari cuti. Tak ada siapa nak baca nanti. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang hantar resume pada hari Isnin mempunyai potensi untuk dipanggil temuduga 30 peratus lebih tinggi.

Kalau nak apply bidang kreatif, pilih akhir bulan

Tapi kalau korang nak mohon kerja dalam bidang kreatif, mohonlah di akhir bulan. Ini kerana mereka yang bekerja dalam bidang kreatif jadual kerjanya agak fleksibel. Pastikan CV korang pun kreatif dan menarik tau supaya barulah diorang tertarik nak panggil temuduga.

via GIPHY

Sekarang korang dah tahu waktu terbaik nak mohon kerja? Apa tunggu lagi, cepatlah guna trick yang sis dah kongsikan ini!

Sumber: IDNTimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my