D-Life

Jaga adab ketika menaiki pengangkutan awam

Oleh  | 

KORANG yang berkerja mesti selalu naik pengangkutan awam untuk jimat bila pergi ke tempat kerja kan? Masalah yang akan selalu dihadapi bila pergi ke tempat kerja menaiki pengangkutan awam selalunya adalah terlalu ramai orang di dalamnya.

Disebabkan terkejar masa untuk tidak terlepas train atau bas kebanyakkan orang lupa akan adab menaiki pengangkutan awam. Dekat sini sis nak sharekan adab-adab yang korang kena ikut bila menaiki pengangkutan awam.

Beratur apabila menunggu

Benda ni paling simple tapi orang kita selalu sangat lupa nak buat. Ye la mungkin sebab terkejar masa atau pun memang sebabkan hanya pentingkan diri sendiri. Tapi sis nak pesan ni jangan lah korang lupa untuk beratur bila tunggu MRT ke, LRT ke ataupun bila menaiki bas. Tak susah pun lagi-lagi ianya akan memudahkan semua pihak. Lepastu jangan lupa bagi penumpang  yang dekat dalam keluar dulu.

Jangan lupa ‘Tumpang Lalu’

Nampak macam benda ni kecil je kan tapi sebenarnya benda ni bagi impak dekat orang lain. Lagi-lagi bila korang dalam tempat yang sesak dan korang main tolak dan langgar je orang sebab korang nak keluar cepat. Benda ni penting supaya kita dapat alert orang dalam tengah sesak tu yang kita nak keluar dari situ dan senang untuk orang beri ruang untuk kita keluar.

Jangan Merakam Penumpang Tanpa Kebenaran

Benda ni sangat-sangat penting sebab korang kena tahu tentang privasi orang lain dan jangan main rakam orang dalam train sesuka hati. Kita boleh didakwa tau. Sebab masyarakat kita sekarang ni sibuk ada benda jadi sikit sibuk nak viralkan.

Bila ketiak busuk sikit viral, bila tak bagi orang tua duduk sikit viral. Mungkin orang lain tak beradab, tapi jangan lah kita hanya sibuk nak viralkan dan tak tegur orang tu depan-depan.

Jangan Pandang Penumpang Lain Lama-Lama

Benda ni selalu jadi dekat sis bila naik pengangkutan awam dekat KL ni. Semua sibuk nak pandang lama-lama macam nak makan orang rupa tu. Jangan lah pandang lama-lama penumpang lain sebab walaupun itu tempat awam, kita ni tetap perlukan privacy

Siapalah yang selesa bila ada orang yang tak kenal pandang kita lama-lama lepastu rupa pun macam tak puas hati ataupun rupa macam mencari mangsa je. Benda macam ni buat kaum wanita lagi mudah takut untuk menggunakan pengangkutan awam.

Patuhi Peraturan dalam Pengangkutan Awam

Kalau tempat itu ada peraturan jangan lah korang lupa untuk ikut. Tak susah pun sebab ianya membuatkan perjalanan korang lebih harmoni dan segalanya terjaga.

Kalau dah kata jangan merokok tu jangan lah korang merokok, ataupun bila tempat tu untuk wanita je jangan lah ada lelaki yang duduk dalam tu. Ada sebab adanya peraturan di dalam tempat ni dan orang jadilah orang yang beradab tak susah pun kan. Semudah ABC.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my