Dhiaventure

Jaga-jaga! 4 benda ini boleh buat korang kena halau keluar dari pesawat

Oleh  | 

BARU beberapa lepas kita dengar kes penumpang Air New Zealand kena halau keluar dari pesawat sebab diorang tak beri perhatian semasa pramugari beri penerangan tentang panduan keselamatan.

Boleh ke pihak pesawat buat macam tu dekat penumpang. Sebenarnya memang boleh. Apalagi kalau korang berpotensi menjejaskan keselamatan penumpang pesawat. Ham jadi jangan nak otai sangat okey.

via GIPHY

Selain itu, meh sini sis nak kongsi antara benda lain yang boleh buat korang dihalau dari pesawat dan korang lupakan sahajalah impian korang nak mengembara itu.

Bawa anak yang buat kecoh

via GIPHY

Kalau korang bawak anak atau adik kecil yang asyik menangis atau mengganggu orang dalam pesawat. Korang mungkin akan dihalau. Bukan hanya kanak-kanak sebenarnya. Kalau orang dewasa yang mengganggu orang lain pun turut akan mendapat habuan yang sama.

Tak pakai tali pinggang keselamatan

via GIPHY

Ham jangan tunjuk otai sangat, sister! Kalau pramugari dah tegur elok-elok pakai tali pinggang keselamatan. Korang kenalah ikut. Lagipun, itu kan untuk keselamatan kita juga.

Mabuk

via GIPHY

Ha, ini satu lagi. Mabuk pun tak boleh. Yelah kalau orang itu mabuk, dia bukan sedar apa dia buat. Siap-silap hari bulan dia buat orang yang duduk sebelah dia tak selesa pula.

Membuka peralatan eletronik

via GIPHY

Ha, kan pramugari tak bagi korang buka gajet waktu penerbangan nak dijalankan. Kalau korang tetap berdegil juga, korang berpotensi menerima nasib yang sama dengan penumpang pesawat New Zealand Air semalam tu.

Apapun, kita kenalah patuh dengan etika dan peraturan setiap pesawat. Tak elok tau buat kepala sendiri. Semua itu pun untuk keselamatan kita juga. Alright?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my