D-Life

Jaga-jaga, 5 ayat ini boleh goyahkan prestasi kerja korang!

Oleh  | 

PERCAKAPAN kita ketika berada dalam dunia karier sangatlah memberi pengaruh besar untuk menyandang posisi yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kebanyakannya orang yang sukses dalam karier mereka tidak suka bercakap perkara-perkara yang negatif.

Kadang-kadang kita tak sedar percakapan kita tu dipandang serius oleh rakan-rakan sekerja dan boss kita. So untuk pastikan yang korang boleh sukses dalam karier yang korang ceburi sekarang ni, elakkan menyebut ayat-ayat ini ketika berada di pejabat.

“Ok, I will try.”

Kalau kita ditugaskan untuk membuat kerja yang tak sesuai dengan keinginan dan expectation kita mesti raut wajah kita akan berubah ketika kita cuba membuat janji untuk cuba menyelesaikan tugasan tu. Kalau boleh elakkan menjawab dengan ayat ni kerana sikit sebanyak boleh hilangkan kepercayaan majikan kita terhadap kita. Sebaiknya jawab la “ya,” dan cuba selesaikan tugas tu dengan baik ye.

“Ala, tak boleh lah.”

Dengan terus menolak tugas yang diberikan sebenarnya korang dah buang satu peluang yang ada depan mata tau. Untuk korang yang masih berada pada tahap “entry level” tak ada salahnya korang terima tugas tu sebagai satu cabaran untuk korang belajar perkara baru.

“Kalau lah…”

Sekiranya kita berada dalam kumpulan kerja yang bermasalahnya jangan lah sesekali mengeluh dan terus membuat andaian kepada rakan sekerja kita. Kita kena sedar tak semua orang sempurna dan berkomunikasi dengan baik adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kerja. Bincang elok-elok dan cari kata sepakat bersama-sama.

“Entah, tak tahu.”

Kalau korang sebut ayat ni depan boss dan rakan sekerja korang dah terang-terang korang sejenis yang takde effort langsung nak ambil tahu tentang perkara yang melibatkan kerja. Sebaiknya cuba cari info terlebih dahulu tanpa perlu menunggu orang memberi info kepada kita.

“Saya janji…”

Biasanya kita akan banyak berjanji bila boss bertanya tentang deadline kerja yang kita perlu hantar kepadanya. Ayat ni mungkin menunjukkan yang kita cuba untuk menyiapkan kerja kita on time tapi kalau dapat boss sejenis yang tak boleh tolerate boleh jadi satu masalah juga. Sebaiknya janji-janji tu bolehlah dibuat sekiranya korang dah melepasi tarikh sepatutnya korang perlu submit kerja.

Sebenarnya ada juga waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk kita gunakan perkataan-perkataan dekat atas ni. Tapi untuk jadi seorang pekerja yang profesional, cuba elak guna ayat-ayat kat atas ni okey?

Sumber: Popbela.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my