Serious?!

Jaga-jaga! Lupa ‘flush’ jamban pun boleh buat cerai-berai guys

Oleh  | 

BERKAHWIN bukan hanya untuk sehari dua. Tapi untuk selamanya.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil berkongsi di akaun rasmi laman twitter beliau tentang antara sebab dan alasan pasangan bercerai di bawah tempoh lima tahun perkahwinan.

Ada antara sebab yang dikongsikan beliau kedengaran tidak masuk akal dan kelakar. Jom kita check apa yang dasyat sangat sampai boleh buat pasangan bercerai-berai ni!

-Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.

-Isteri lambat menyediakan makanan

-Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih

-Suami kedekut

-Berebut rancangan televisyen

-Punggung isteri menggerutu

-Pasangan lupa pam tandas

 

Tweet beliau telah mendapat perhatian netizen dan dikongsikan sebanyak 900 retweets setakat jam 3 petang tadi.

Netizen juga tak menang tangan berkongsi pandangan mereka terhadap tweet YB Fahmi Fadzil itu.

Jadi girls dekat luar sana tu, sebelum buat keputusan nak kahwin itu. Baik fikir masak-masak untuk terima baik dan buruk pasangan tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my