Serious?!

Jaga-jaga semua, Siti Nurhaliza buat ‘comeback’ konsert terbesar rentas 4 negara!

Oleh  | 

SIAPA yang tidak mengenali nama besar Datuk Seri Siti Nurhaliza  yang begitu gah dalam bidang seni suara tanah air.

Buah hati rakyat Malaysia itu akan kembali ke pentas nyanyian dengan konsert yang lebih besar menjelajah ke empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan London.

Lebih mengharukan apabila penyanyi tersohor negara itu bakal kembali menghidupkan kenangan di pentas Royal Albert Hall, London.

“Saya ingin kembali  ke Royal Albert Hall. Saya ingin membawa semula memori tapi kali ini dengan membawa satu lagi  team yang lebih hebat.” katanya ketika ditemui dalam satu sidang akhbar bertempat di Hotel ShangriLa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sekian lama memendam impian

Bercakap lebih mengenai konsert itu, Siti mengakui bahawa ia adalah impian yang telah lama diinginkan sebagai seorang artis yang sudah dua dekad  mengharungi jatuh bangun sebagai anak seni.

“Inilah yang saya impikan sebagai seorang artis untuk buat ‘comeback’ dalam industri.

“Konsert ialah sesuatu yang besar  kerana peminat akan menilai sampai bila-bila” luah Siti.

Menjanjikan kelainan

Konsert Siti kali ini akan membawa khalayak  bernostalgia dengan lagu-lagu hits beliau yang digubah semula. Bukan itu sahaja, Siti turut menampilkan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Tulus untuk bersama-sama menghidupkan persembahan.

Untuk menjayakan  konsert ini, Siti nampaknya tidak main-main. Segenap perkara dan setiap sudut diperhatikan bagi memastikan kelancaran konsert.

“Untuk membuat konsert besar, saya harus bersedia dari segenap segi sebab saya mahu peminat pulang dengan perasaan gembira dan berpuas hati.”

Jadi, bolehlah kita sama-sama kumpul duit untuk beli tiket mulai sekarang. Tiket akan mula dijual bermula 26 Disember ini  dan boleh didapati di www.shirazprojects.com.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my