Dhiaventure

Jaga pertuturan ketika berada di Negara ini

Oleh  | 

KEBANYAKKAN dari kita memang suka untuk melancong ke pelbagai negara melihat dan merasai budaya di negara yang berbeza. Korang mungkin akan menjadi seseorang yang rajin untuk memulakan conversation bila berada di negara orang dan kerap bertanya disebabkan korang ingin lebih mengenali tentang budaya dan orang disana.

Tapi korang kena tahu beberapa perkara yang tak boleh dilakukan dan dicakapkan di negara yang korang nak pergi sebab ini akan mendatangkan imej yang buruk pada orang kita sendiri. Sis nak share beberapa perkara yang korang tak boleh cakap di beberapa negara ini.

Itali

Di Itali korang jangan sesekali bertanya kan tentang Starbucks sebab orang Itali sangat berbangga dengan diorang punya espresso. Selain itu korang jangan lah cakap yang korang suka buat experiment dengan makanan Itali. Contohnya macam korang kata korang prefer ada cili sos dekat pasta ataupun pizza.

 

Jepun

Di Jepun elakkan bertanya tentang penceraian sebabkan di Jepun diorang menganggap penceraian ini sangat memalukan. Selain itu jangan bertanya tentang gaji seseorang sebab ia dianggap sangat tidak beretika di sana dan jangan bertanya tentang Yakuza sebab golongan itu lah penjenayah yang masyarakat tidak mahu ada kaitan dan takut dengannya.

China

Di China, diorang tak mempunyai Facebook disebabkan kerajaan diorang sekat social media yang menjadi milik Amerika jadi jangan pula korang bertanya tentang Facebook orang kat sana. Selain itu, korang jangan bertanya tentang kesihatan orang dekat sana sebab nanti diorang akan fikir yang diorang nampak tak sihat.

Thailand

Dekat Thailand jangan lah korang bercakap dan pertikaikan raja diorang sebab benda tu adalah benda yang rakyat pun tak boleh usik. Korang mungkin akan ditangkap kalau memburukkan keluarga diraja Thailand.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my