Dhiaventure

Jangan bawa 4 jenis manusia ni kalau tak nak ‘travel’ korang jahanam!

Oleh  | 

KALAU dah namanya travel, mestilah semua orang nak bergembira dan kenangan sewaktu mengembara itu menjadi memori yang paling diingati sepanjang masa. Sebab itulah kita sangat perlukan orang-orang yang sehati dan sejiwa untuk menjadikan trip kita luar biasa.

Travel sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada korang tentang sifat sebenar peribadi seseorang walaupun korang dah menjadi kawan selama beberapa tahun. Ini kerana, situasi yang menekan sewaktu travel boleh menunjukkan apakah ciri sebenar kawan-kawan korang semya. Boleh handle stress atau pun tidak. Jadi, ini adalah beberapa jenis manusia yang korang patut elakkan untuk travel.

Kedekut

Sis faham je sebenarnya kalau korang nak jaga bajet masing-masing sewaktu travel. Orang macam ni penting juga supaya kita tak terlebih menggunakan duit untuk keperluan sepanjang trip. Tapi jenis yang kedekut gila nak mampus sampai tak nak keluarkan duit sendiri untuk cuba benda baharu pun boleh membantutkan trip travel. Sebagai contoh, korang nak naik train. Tapi kawan korang tak nak naik dan sanggup berjalan berkilo meter dengan beg berat hanya sebab sayang nak keluarkan duit sikit. Apo!

via GIPHY

Suka complain

Ini pun masalah juga. Travel membuatkan kita akan bersama-sama dengan seseorang dalam jangka masa yang panjang. Bayangkan korang akan travel bersama seorang yang kerjanya suka mengomel dan negatif sepanjang masa. Memang semak! Kita semua nak percutian kita indah belakan dan bukannya membuatkan benda-benda negatif yang dikatakan kawan korang itu menghantui trip korang.

via GIPHY

Asyik nak rehat

Biasanya kalau travel, kita nak melawat banyak tempat baru yang belum pernah kita lihat di depan mata. Tapi kalau korang punya kawan travel jenis yang nak duduk bilik dan baca buku dekat tepi pantai pun bosan juga. Ia akan membantutkan perjalanan korang yang sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti yang menggembirakan dan bukannya diisi dengan benda yang membosankan.

via GIPHY

Bimbang keterlaluan

Keselamatan memang perlu dijaga. Tapi kawan yang selalu bimbang dengan benda-benda kecil pun tak seronok juga. Oleh sebab sifatnya yang asyik takut, korang pun terbantut untuk cuba benda-benda baharu. Sebab apa? Sebab setiap kali korang nak buat benda baru, mulalah kawan korang ini akan cakap benda yang bukan-bukan sehingga korang pun terbantut nak teruskan perjalanan.

via GIPHY

Kalau tak nak perhubungan persahabatan korang menjadi retak, pilihlah orang yang tepat sewaktu korang nak kembara. Kalau korang tak boleh ikut cara dan rentak kawan korang tu, pilihlah orang lain untuk travel. Ada orang yang kita boleh seronok berbual seharian, tapi dia bukanlah orang yang sesuai kalau nak dibawa travel bersama. Jangan salah pilih!

 

 

Yang suka sangat bercuti tu nak cari tiket penerbangan murah boleh klik di sini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my