DhiaLova

Jangan bertindak melulu, ini 3 jenis cemburu yang korang kena tahu

Oleh  | 

SELALU sangat kita dengar orang kata cemburu tanda sayang. Tapi kalau dah selalu sangat cemburu pun tak elok, boleh merosak perhubungan.

Ada banyak juga tau kes-kes pembunuhan yang berlaku kesan daripada perasaan cemburu yang terlalu agresif. Bahaya kan?

Tapi ia juga boleh menjadi sesuatu yang positif sebenarnya. Contohnya, perasaan cemburu itu akan membuatkan pasangan akan menyayangi kita lebih? Tiba-tiba dah belikan hadiah.

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, menurut pakar perhubungan Lesli Doares, perasaan cemburu ini lahir disebabkan kita berasa tidak selesa dengan perhatian yang diberikan oleh pasangan kita kepada orang lain.

Menurut beliau lagi, cemburu pun ada beberapa jenis tau. Antaranya anxious jealousy, preventive jealousy dan reactive jealousy. Jom kenali cemburu ini dengan lebih dekat.

Anxious jealousy

via GIPHY

Rasa cemburu ini lebih kepada kerisauan kita tentang masa akan datang. Contohnya kita risau pasangan kita itu akan tertarik secara roma tis atau seksual kepada orang lain. Tapi korang masih akan beri masa dekat diri sendiri untuk rasional dan bersangka baik.

Preventive jealousy

via GIPHY

Orait! Yang ini pula terjadi pada keadaan semasa. Contohnya korang rasa tak selesa dan syak wasangka dengan pasangan korang yang tengah memandang orang lain. Aii, biasa sangat benda ni. Tipulah tak pernah terjadi dekat korang kan.

Reactive jealousy

via GIPHY

Cemburu jenis ini pula sangat pantas terutamanya bermain dengan rasionaliti. Contohnya korang akan marah dan bertanya soalan bertubi-tubi dekat pasangan korang. Macam familiar, kan?

Perasaan cemburu ni sebenarnya seolah-olah seperti signal memberitahu otak kita bahawa pasangan kita sebenarnya sayang dan ingin melindungi perhubungan ini.

Jadi, dia tidak mahu ada orang yang datang mengganggu dan menggoda pasangannya itu. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai ada yang rimas pula. Tapi ikut pengalaman sis, kalau tak cemburu pasangan cakap sis ni tak sayangkan dia pula. Hmm. So, korang rasa okay atau tak cemburu?

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my