Serious?!

Jangan cepat melatah, ketahui perbezaan Kawalan Pergerakan dan Perintah Berkurung

Oleh  | 

SEMALAM Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sesuatu perkara baru yang harus rakyat Malaysia patuhi.

Hal ini, adalah berikutan kerana penularan COVID-19, bermula 18 Mac sehingga 31 Mac akan berkuatkuasa perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Rakyat kita ni cepat sangat melatah dan panik membeli belah walaupun belum lagi Perdana Menteri kita keluarkan arahan apa-apa. Ya, tidak menjadi masalah jika mahukan penyediaan awal, akan tetapi berbaloi ke kalau nak borong semua benda? Elak pentingkan diri buat masa kini kerana terdapat juga individu lain yang turut memerlukan bekalan!

Tapi sebelum itu, korang kena tahu apa berbezaan Kawalan Pegerakan dan Perintah Berkurung. Korang jang keliru dengan kenyataan ini.

Yang pertama, korang harus mengetahui apa itu definisi Kawalan Pergerakan. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

via GIPHY

BACA : COVID-19 Kerajaan Laksana 6 Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan keliru dengan Perintah Berkurung pula. Perintah Berkurung adalah seperti yang diamalkan di negara Itali dan juga China. Mengikut Wikipedia, Perintah Berkurung atau Lockdown adalah protokol kecemasan di mana ia menghalang orang daripada meninggalkan sesuatu kawasan atau rumah masing-masing.

Manakala, Kawalan Pergerakkan adalah larangan menyeluruh akan pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk sebarang aktiviti keagamaan, sukan, sosial mahupun budaya.

Foto:/static-news.moneycontrol.com

Selain dari itu  semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian.

Tambahan pula, penyekatan ini turut melibatkan semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan larangan keluar antara Negeri (domestik) serta kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke Malaysia.

via GIPHY

Kiranya bukanlah korang tak boleh keluar, cuma kena patuhi perintah ini dan jika tiada keperluan seperti bekerja atau mendapatkan keperluan hidup, tidak perlu keluar.

Pastikan korang selalu basuh tangan dan sentiasa mengekalkan kebersihan diri okay? Ingat, dikala kita ditimpa ujian, jangan lah mementingkan diri sendiri sebaliknya kita bersatu untuk menagani musibah ini.

 

Sumber:Mhdaily.net

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my