SuperDeals

Jangan cepat terpedaya, hanya 3 langkah untuk menjaga kulit muka

Oleh  | 

DALAM era serba moden ini, banyak yang kita nampak tips-tips untuk penjagaan kulit dan juga tutorial. Disebabkan terlampau banyak perkongsian ia boleh mengakibatkan kesan bahaya pada kulit kita! Sebelum kita mengikuti tips-tips yang telah dikongsikan, apa kata korang paham dulu jenis-jenis kulit korang tu.

Bukan sis kata rutin penjagaan kulit tersebut salah, cuma kemungkinan perbezaan keperluaan oleh kulit masing-masing yang menyebabkan rutin penjagaan kulit  yang diamalkan tidak berjaya!

Demi membantu korang semua, sis nak kongsikan pesanan pakar untuk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan korang sendiri.

via GIPHY

Mengikut pakar Aesthetic dari Millennium Clinic, KL Eco City korang tidak perlu melakukan rutin penjagaan yang banyak. Malah hanya memadai tiga rutin sahaja sudah cukup untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

Step 1

Yang pertama adalah dengan mencuci kulit muka dengan lembut. Lembut yang sis maksudkan adalah penggunaan pencuci muka yang bersifat lembut bahannya kepada muka. Sebagai contoh, Cetaphil Gentle Cleanser.

via GIPHY

Step 2

Yang kedua adalah jangan meninggalkan rutin mositurizing muka supaya tidak berlaku kekeringan pada kulit muka.

via GIPHY

Step 3

Tips yang terakhir pula adalah jangan skip sunblock! Elakkan pendedahan kulit yang terlalu lama dibawah cahaya matahari. Pastikan korang menggunakan sunblock SPF15 agar mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.

via GIPHY

Jadi korang jangan la ikut tips-tips yang merepek okay. Tips sis kongsikan ni semudah ABC je. Ingat tau cuci muka, jangan lupa untuk pakai mosturizing dan jangan skip sunblock. Senang bukan?

 

Dapatkan pencuci muka Nagano White Perfect Cleansing Foam di Superdelas dengan harga mampu milik.

Sumber:Wanista.com

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my