D-Life

Jangan kahwin selagi korang tak buat benda ini…

Oleh  | 

ADA yang cakap, perkahwinan ini bukan setakat untuk upgrade status diri kita di mata masyarakat. Perkahwinan adalah cara lain untuk membuat diri kita lebih bahagia. Kita bangun dan melihat seseorang yang kita cinta di sebelah kita. Kita pulang ke rumah dengan perasaan damai kerana kebahgian yang kita miliki bersama orang yang kita cintai membuatkan kita berasa setiap halangan mampu kita tentangi bersama-sama.

Jadi, persediaan untuk mempunyai rumahtangga yang begitu memang perlu. Berapa banyak pasangan yang pura-pura bahagia di laman sosial dengan suami mereka tapi hakikatnya banyak termakan hati? Tak mudah untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga, yelah, sudah tentu suami kita memiliki personaliti berbeza daripada kita.

Maka, itulah pentingnya kita saling mengenali pasangan kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam artikel kali ini, apa kata kita cakap sikit tentang benda yang perlu korang lakukan sebelum berkahwin.

Perancangan kewangan

Cinta memang penting dalam rumahtangga, tapi duit pun sama untuk meneruskan kelangsungan perkahwinan. Kita tak boleh menolak bercakap tentang duit dan perancangan masa depan. Bagi mengumpul duit, korang boleh buka akaun bersama. Jadi, boleh mengelakkan pemborosan dan tabungan untuk masa depan. Sekarang ini semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Jadi, tak ada alasan.

Rapat dengan keluarga masing-masing

Kahwin bukan tentang kita dan dia. Ia juga melibatkan keluarga. Bila keluarga rapat, ia akan mengurangkan konflik antara mertua-menantu. Kalau dua-dua ini mempunyai perselisihan faham, ia akan menimbulkan banyak lagi masalah. Lagi tak best kalau keluarga mertua masuk campur urusan rumahtangga. Susah juga nanti.

Bahagikan tugas buat kerja rumah

Selalu kita tengok isteri sahaja yang buat kerja rumah. Padahal zaman sekarang ini isteri pun bekerja dan sama-sama penat. Jadi, kena ada sikap toleransi untuk menguruskan rumahtangga.

Bincang tentang anak

Korang mungkin nak berbincang soal anak dulu. Kalau korang berpakat nak ada anak di awal perkahwinan, bincangkan adakah korang bersedia dari segi kewangan dan cara nak asuh anak itu nanti? Cakap juga benda lain macam kemandulan. Supaya lebih bersedia untuk terhindar dari konflik.

Inilah perkara asas yang sepatutnya sudah dibincangkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ha, lepas tu korang pasti akan lebih yakin menghadpai segalanya selepas berkahwin.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my