Serious?!

Jangan kena tipu! Jom geledah ‘trick scammer’ durjana zaman ini

Oleh  | 

DI ZAMAN serba teknologi ini, memang pembelian selalu dilakukan atas talian. Lambakkan Ig shop dan website yang menjual pelbagai barang dan perkhidmatan memudahkan urusan kita terutama para gadis daripada nak berjalan ke pusat beli-belah.

Jangan tak tahu, ada juga yang panjang akal jadi scammer semata-mata nak ambil kesempatan dan tipu kita yang membeli secara online. Kes seperti ini bukan sekali, dua berlaku. Ada banyak yang telah menjadi korban dan ditipu oleh kaki scam ini.

Baru-baru ini  di twitter, pemilik akaun @kertasgraf  berkongsi kepada umum antara trick yang digunakan scammer untuk sedut duit kita bagai tiada hari esok. Wah, bukan main lagi!

Menurutnya, scammer akan memulakan helah dengan memastikan pembeli memasukkan sejumlah wang kepada nombor akaun berlainan. Bukan itu sahaja, scammer turut melibatkan pihak yang tidak bersalah untuk bermain dalam tipu muslihat jahat yang diciptanya.

Lebih mengejutkan apabila trick ini bukan kali pertama digunakan oleh para scammer. Ada banyak yang sudah menjadi mangsa rentetan daripada helak berkenaan.

Team Dhia nak nasihatkan agar girls lebih berhati-hati kalau nak beli barang secara atas talian. Kalau nak pastikan sama ada ig shop itu adalah scammer atau tak, boleh sahaja ke Scam.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my