DhiaLova

Jangan lepaskan jika lelaki ada ciri-ciri ini, mungkin dialah ‘Mr. Right’!

Oleh  | 

Secara amnya, maksud kesempurnaan terlalu subjektif mengikut individu. Tapi terdapat beberapa ciri-ciri semula jadi atau traits yang boleh dijadikan guide untuk kita mencari lelaki idaman. Siapa yang tak nak dapat boyfriend atau suami yang memenuhi kriteria kita kan?

Namun, jangan terlalu tertumpu pada perkara yang kita nak sahaja tau. Korang kena semak tips ni untuk tahu apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman yang korang perlukan!

Lelaki yang ingat perkara dan tarikh penting

Haa, jarang kan dapat jumpa lelaki ingat benda-benda macam ni? Selalunya kita yang perempuan ni la kena ingatkan atau bagi hint dekat dorang. Memang lumrah kalau lelaki tak ingat perkara-perkara macam ni tapi kalau korang jumpa lelaki yang letak effort untuk ingat misalnya menggunakan phone reminder untuk menyimpan tarikh dan perkara yang penting, jangan lepaskan!

Lelaki yang boleh dijadikan sumber inspirasi

Tugas lelaki sememangnya menjadi ketua keluarga. Lelaki harus tahu cara yang boleh memberi inspirasi kepada pasangannya untuk berjaya. Kalau korang jumpa lelaki yang mampu untuk motivate korang ke arah lebih baik, jaga elok-elok tau make sure jangan terlepas pada orang lain.

Lelaki yang berkerja keras untuk mencari wang

Husband material sangat kalau kita jumpa lelaki yang suka bekerja keras dan rajin ni. Lelaki seperti ini biasanya akan berfikir jauh tentang masa depan mereka. So dah nampak kat situ dia seorang yang berwawasan. Kan?

Lelaki yang sanggup akui kesilapan

Lelaki sememangnya terkenal dengan ego mereka yang tinggi macam KLCC. Jarang lah kita boleh jumpa lelaki yang mudah nak admit kesalahan mereka. Lelaki yang boleh admit kesilapan mereka dan minta maaf ni memang sejenis husband material. Korang dah jumpa ke belum lelaki macam ni?

Lelaki pemaaf dan boleh terima kelemahan kita

Kalau korang jumpa lelaki yang boleh terima kekurangan kita, please jangan lepaskan! Lelaki seperti ini biasanya seorang yang penyabar. Dia mampu memandangkan kelemahan kita dari sudut positif dan memaafkan kita sekiranya kita gagal membuat sesuatu perkara.

Lelaki yang ingin berkongsi hidup dengan kita

Lelaki yang serius dengan hubungan mereka akan berkongsi segala perkara dengan pasangan walaupun perkara tu terlalu sensitif. And dengan attitude macam tu la akan buat korang yakin untuk terus bersama dengan dia dan korang pun akan selesa untuk transparent dengan dia betul tak?

Lelaki yang protective

Lelaki memang dijadikan sebagai makhluk yang kuat berbanding wanita. Kita sebagai pasangan mesti lah nak rasa dilindungi dan selamat kan. Kalau lelaki tu menggunakan kekuatan mereka untuk melindungi dan menjaga korang dengan baik, keep him girls! Menggunakan kekuatan tu tak bermaksud bertumbuk atau apa. Maksud Dhia, dorang tak ‘malas’ nak gunakan kelebihan mereka untuk protect korang. Get it?

Rasa-rasanya korang dah jumpa Mr. Right korang? Pada yang belum tu selamat mencari ye. Gunakan tips Dhia ini sebagai panduan untuk korang “study” lelaki yang bakal jadi pasangan korang.

Good luck ladies!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my