Dhiaventure

Jangan mudah percaya orang dekat airport, baca ni elak jadi kambing hitam

Oleh  | 

SEMUA orang akan berasa sangat gembira dan teruja setiap kali keluar negara. Tiada siapa yang inginkan percutian mereka berakhir di bilik siasatan polis atas tuduhan memiliki dadah.

Melalui perkongsian yang dilakukan di Twitter Malaysia Most Viral, ada pelbagai cara sebenarnya penjenayah ini buat kerja. Tiba-tiba sahaja kita sudah terjerat dan dituduh menjadi keldai dadah.

Bagi mengelakkan benda yang tidak diingini berlaku. Pastikan korang baca sampai habis tau.

via GIPHY

Minta bawa bungkusan

Melalui perkongsian si Twitter tersebut, penjenayah tidak semestinya seorang lelaki gagah seperti yang dilihat dikebanyakan filem atau drama. Penjenayah boleh jadi seorang makcik tua yang tidak nampak seperti seorang penjenayah.

Makcik ini akan taget orang muda yang juga perempuan untuk membawa barang miliknya melepasi imigresen. Biasanya dia akan menggunakan helah kononnya beg yang dibawanya sudah mencecah 7kg. Isi kandungan beg itu pula ialah Milo seolah-olah tiada apa yang harus dicemaskan.

Dadah dalam patung beruang

Selain itu mereka juga akan target budak kecil yang berumur tujuh tahun. Bila korang masuk tandas dan keluar. Tiba-tiba adik korang tengah pegang patung beruang yang tak tahu dari datangnya. Bila sampai dekat imigresen, rupa-rupanya dalam patung itu ada dadah.

via GIPHY

Diheret ke bilik soal siasat

Bila dah katoi di imigresen, korang akan disoal siasat dan tanya macam-macam. Hancurlah impian korang untuk travel dan bergembira dengan keluarga tersayang. Ada juga kes yang selesai tapi kena bayar denda atas sebab kita leka dengan keadaan sekeliling kita.

Jangan mudah percaya orang

Oleh sebab itu, korang dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sesiapa. Mungkin orang itu kelihatan menyedihkan dan baik. Namun siapa tahu ia adalah teknik penjenayah untuk melepaskan diri mereka daripada ditahan. Akhirnya, orang yang tidak bersalah seperti kita yang menjadi mangsa.

Hati-hati ya!

via GIPHY

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my