DhiaLova

Jangan paksa perasaan! Ini cara ‘reject’ yang paling berkesan

Oleh  | 

DALAM dunia percintaan ini memang pelbagai krisis yang berlaku.  Ada yang teruk ada yang pelik ada yang macam-macam lagi lah.

Dalam percintaan ni mesti ada suka duka terima dan tolakkan. Penerimaan atau penolakkan sebuah percintaan yang baru merupakan adat dalam dunia bercinta.

Namun ada juga segelintir manusia yang tidak boleh menerima kenyataan. Oleh sebab itu sis nak kongsikan dekat korang cara ‘reject’ yang berkesan.

via GIPHY

Kalau ada yang diantara korang yang dilamar secara terbuka tu adalah lebih baik jika korang tak beri jawapan terlebih dahulu. Maksud sis, kalau korang nak tolak, tolaklah dalam talian. Melalui mesej atau chat ke. Dengan ini orang yang kena reject tu boleh la faham jugakkan.

via GIPHY

Selain daripada mesej dalam talian, panggilan telefon adalah diantara pilihan yang terakhir yang korang boleh gunakan. Pastikan korang menjelaskan mengapa korang melakukannya melalui panggilan telefon dan pastikan tukang lamar faham mengapa korang tolak. Jangan pulak bagi alasan yang menyakitkan hati mereka!

via GIPHY

Sis faham kadangkala kita ni tak bersedia untuk menerima sebuah hati untuk dijaga dengan baik. Kebanyakkannya yang kena reject tu memang lah sedih, tapi apakan daya kalau orang tak mempunyai perasaan yang sama?

Takkan nak menipu atau memaksa perasaan sendiri? Baru mula bercinta dah tak jujur macam mana hubungan nak bahagia kan?

Sebenarnya nak ‘reject’ orang yang paling baik adalah korang bersemuka dan luahkan mengapa korang tolak. Mungkin atas sebab tak bersedia, takut kecewa atau mahukan masa untuk bersendirian buat ketika ini.

via GIPHY

Paling penting bagi sis adalah korang kena fahamkan pelamar tu mengapa korang tak boleh nak terima dengan cara yang paling baik. Gunakan bahasa yang lembut dan kalau boleh jangan tolak secara keras!  Korang kena ingat yang kena ‘reject’ tu dah kecewa, jadi tak perlu tambahkan lagi rasa sedih tu pada mereka okay?

Apa-apa pun, kalau si pelamar tu ikhlas, dia akan mengerti mengapa sebab korang menolak, kalau dia tak faham lepas tu nak marah dengan korang ,haaa engko ‘reject’ je mentah-mentah!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my