DhiaLova

Jangan ragu! 5 petanda ini bukti korang dah tawan hati si dia

Oleh  | 

WAJAR sebenarnya kalau kita selalu tertanya-tanya adakah benar si dia mencintai kita ataupun tidak. Namun sebenarnya kalau korang nak tahu, kita ni boleh teka tau kalau benar seseorang lelaki itu tertarik pada kita. Ada sahaja perlakuannya yang istimewa dan  tidak dilakukan kepada orang lain.

Sekiranya si dia mempunyai beberapa ciri seperti yang sis nyatakan ini, korang tak perlu risau sebab korang telah menang di hatinya.

Dengar benda-benda remeh

Si dia bukan main setia mendengar apa sahaja yang kamu ucapkan walaupun ia adalah benda-benda kecil seperti kunci rumah korang tertinggal, bergaduh dengan kawan pejabat dan sebagainya. Kalau korang cerita benda yang kelakar, dia pun akan turut ketawa mendengar cerita korang. Itu tandanya dia bersedia berkongsi kisah sedih dan gembira dengan korang.

via GIPHY

Cari masa untuk korang

Tak kisahlah walau sesibuk manapun, dia akan selalu mencari masa dan jalan untuk bertemu korang. Ini kerana, korang telah menjadi benda yang paling utama untunya di dunia ini. Dia akan mengirim pesanan ringkas atau menelefon korang untuk menguatkan hubungan korang.

Belajar menyesuai diri

Si dia tidak pernah menganggap perbezaan korang sebagai sesuatu beban. Malah, dia akan selalu menyokong keinginan korang walaupun berbeza. Dia akan cuba menyesuaikan diri untuk melangkah beriringan. Hasilnya, korang selalu mencintai diri sendiri.

via GIPHY

Tak manjakan dengan duit, tapi ajar menabung

Seseorang itu benar-benar sayangkan korang sekiranya dia selalu membayangkan hidup dengan korang bersama-sama. Maka sebab itulah dia akan memilih untuk menabung demi persiapan korang di masa hadapan.

Tak berkasar

Sebagai orang yang menyayangi, dia tidak akan berkasar dengan korang. Bukan itu sahaja, setiap kali bergaduh dia tahu bila waktu perlu memgalah dan selalu akan membimbing korang menjadi lebih baik.

via GIPHY

Bukan hanya kasih sayang, cinta, pelukan atau hadiah yang diberikan. Tetapi kesabaran untuk bersama-sama kita juga antara perkara yang berharga diberikan oleh si dia. Di matanya, korang selalu ada untuk menemani mereka di masa hadapan. Jadi, si dia ada tak ciri-ciri yang sis katakan tadi?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my