DhiaLova

Jangan risau pasangan LDR, ini cara untuk pastikan hubungan korang kekal berbunga!

Oleh  | 

HUBUNGAN jarak jauh ataupun LDR sentiasa mendapat pandangan yang pelbagai daripada orang ramai. Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju. Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Mampukah kita untuk  mengharungi cabaran-cabaran sewaktu LDR?

Pada pandangan sis sendiri, tidak ada salahnya mengadakan hubungan jarak jauh. Kadang-kadang, LDR berlaku atas faktor-faktor yang tidak boleh kita elak. So nak atau tidak kena lah juga harunginya kan? Kerana  tu lah kali ini sis nak share kepada korang beberapa tips untuk pastikan hubungan LDR korang kekal happy walaupun berjauhan. Yang sedang dalam LDR tu, baca ni!

Sentiasa ekspresikan perasaan kepada pasangan.

Image result for eiffel im in love 2

Foto: Filem Eiffel Im In Love 2

Hubungan yang dekat pun kadang-kadang boleh bergaduh, inikan pula hubungan jarak jauh kan?. Sebab itulah korang kena turunkan sedikit ego korang untuk menyatakan perasaan kepada pasangan. Bila korang kerap ekspresikan perasaan sayang dan rindu kepada pasangan, mereka akan lebih rasa dihargai dan kurang untuk overthink pada korang. Simpan sahaja buat apa sis? nanti rugi tau. Tapi sis sarankan janganlah terlalu straight forward untuk menyatakan perasaan tu nanti lama-lama jadi tak special pula. Sekali-sekala jiwang-jiwang lah sikit. Hantar lah puisi ke, hantar lagu yang berkaitan dengan perasaan korang ketika itu. Confirm pasangan korang ebih berbunga!

Setia (ini penting!)

Image result for eiffel im in love 2

Foto: Filem Eiffel Im In Love 2

Mana-mana hubungan pun pasti mengharapkan kesetiaan antara satu sama lain. Itu kunci utama kalau nak bahagia. Ada kajian menunjukkan 70% pasangan LDR mengalami kegagalan dalam perhubungan mereka kerana tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru semasa LDR. Tak boleh sunyi sikit terus cari peneman yang dekat. Ish, ish tak baik tau macam tu. Kalau korang ada pemikiran macam tu, percaya cakap sis sampai ke tua korang takkan jumpa cinta sejati tau. Belajarlah untuk setia okay? 

Pandai mengisi masa lapang ketika berjauhan

Image result for eiffel im in love 2

Foto: Filem Eiffel Im In Love 2

Bila berjauhan, korang kena pandai untuk cari hobi atau aktiviti-aktiviti yang bermanfaat supaya korang tidak berasa kesunyian. Bila dah rasa sunyi nanti mula lah cari ruang untuk cari peneman. Padahal korang boleh je sibukkan diri korang dengan kerja dan sebagainya. Sekali-sekala berhubunglah dengan pasangan korang. Ambil masa 5 minit sehari untuk berbual pun dah kira okay. Jangan pernah biarkan diri korang berada dalam keadaan yang sunyi. Bahaya tu sis.

Pokok pangkalnya terletak kepada diri kita sendiri. Jangan merumitkan perkara yang tak sukar mana pun. Sis faham bila LDR ni caranya berbeza berbanding perhubungan biasa tapi korang mesti kuat tau! Setia dan percaya adalah kunci utama dalam hubungan. Good luck! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my