Be-You-Ty

Jangan salah pakai ‘eyelash curler’ kalau sayang bulu mata!

Oleh  | 

MENGGUNAKAN eyelash curles menjadi salah satu perkara penting dalam solekan. Iya lah, tidak semua wanita memiliki bulu mata yang panjang dan melentik. Mujur eyelash curler dicipta sebagai penyelamat gadis-gadis trendy!

Korang mungkin terlepas pandang tentang cara penggunaan eyelash curler yang betul. Eyelash curler pun ada caranya juga tau untuk diaplikasikan. Jika salah cara penggunaannya, kemungkinan besar hasilnya juga tidak memuaskan hati dan lebih membahayakan. Penggunaan eyelash curler yang salah akan mengakibatkan bulu mata kita gugur. So korang kena tahu apa jenis-jenis kesalahan yang selalu kita lakukan semasa menggunakan eyelash curler. Check it out! 

Menggunakan eyelash curler diakhir solekan

Image result for apply eyelash curler on masscarra

Ini kesalahan yang sering dilakukan oleh wanita. Kebanyakan korang menyepit bulu mata selepas memakai maskara. Salah ye girls. Sebenarnya, menyepit bulu mata terlebih dahulu sebelum bersolek lebih memudahkan untuk melakukan solekan pada area mata. Sekiranya eyelash curler digunakan sebelum memakai eyeliner, tak adalah eyeliner korang akan rosak dan comot kan?

Tidak menjaga kebersihan eyelash curler

Related image

Eyelash curler merupakan salah satu make up tools yang kita perlu titikberatkan kebersihannya. Setidaknya, gunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian besi di eyelash curler kita. Jaga-jaga tau guna eyelash curler kerana ada kesan sampingan sekiranya korang tidak membersihkan penyepit bulu mata ini. Ini kerana berkemungkinan besar akan berlakunya pengumpulan bakteria seterusnya akan mengakibatkan iritasi pada mata korang.

Teknik penggunaan yang salah 

Image result for apply eyelash curler on masscarra classic

Kebiasaannya korang akan menyepit bulu mata di bahagian pangkal sahaja dan kerana itu lah bulu mata kita tidak melentik dengan sempurna. Korang kena tahu semasa menyepit bulu mata, pastikan semua area bulu mata disepit bermula dari pangkal kelopak mata. Ulang teknik ini sebanyak 4 hingga ke 8 kali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan okay?

So selepas ini boleh lah korang cuba aplikasikan penggunaan eyelash curler dengan cara yang betul. Mana tahu hasilnya lebih memuaskan berbanding memakai fake eyelashes. Opps, nak raya ni mesti korang berpusu-pusu ke spa kecantikan kan? Selamat mencantikkan diri ye girls semua.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my