D-Life

Jangan sia-siakan usia 20-an korang! Lakukan perkara-perkara menarik ini

Oleh  | 

BERADA pada usia 20-an ternyata satu pengalaman hidup yang tidak boleh dilupakan. Pada usia ini lah kita mengenal pelbagai perkara sama ada positif mahupun negatif. Bak kata orang, umur baru nak kenal dunia. Zaman muda cuma sekali sahaja seumur hidup tau. So korang perlu gunakan masa ini dengan sebaiknya dan cuba elakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia.

Bercerita tentang skill yang ada di dunia ini mesti takkan pernah habis walaupun ketika kita sudah berusia nanti kan? So korang perlu tanamkan pemikiran bahawa setiap skill yang ada perlulah dicuba lebih-lebih lagi skill yang boleh memberi keuntungan kepada kita. Mana tahu dengan mencuba pelbagai skill kita akan temui passion kita yang sebenarnya betul tak?

Selain itu, untuk memastikan waktu 20-an tidak tersia, sekali sekala kita perlu ada sikap membaca dalam diri kita. Membaca merupakan perkara yang perlu kita terapkan dalam diri kerana ilmu tidak hanya diperolehi menerusi pengalaman semata. Banyak idea-idea yang menarik yang boleh kita perolehi menerusi pembacaan tau. Menurut fakta, orang yang banyak membaca tidak akan mudah untuk dapat penyakit nyanyuk. So grab your book and read now!

Sementara umur korang masih muda ni, jagalah diri korang dengan sebaiknya lebih-lebih perihal kesihatan. Jangan terlalu banyak mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak msg. Waktu muda ini lah kita perlu jaga diri kita dengan sebaiknya supaya kita tidak mendapat penyakit dengan mudah pada masa akan datang.

Networking is a must. Di waktu muda inilah kita perlu banyak bersosial dengan mengenali orang baru supaya kita boleh bertukar idea dan merebut apa-apa peluang untuk memajukan diri kita. Dengan bersosial, kita boleh memahami pola pemikiran orang lain sekaligus boleh membuka minda kita tentang sesuatu perkara.

Apa yang penting, never stop learning. Usia muda inilah kita masih mempunyai kesihatan yang baik untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan sia-siakan usia muda korang dengan melakukan perkara yang sia-sia okay? Nah, Dhia belanja playlist untuk korang!

Sumber: Popbela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my