D-Life

Jangan tahu membawang je! Ketahui kelebihan bawang pada kesihatan kita

Oleh  | 

BAWANG sini, bawang sana! bawang ni merupakan satu jenis sayur-sayuran yang cukup popular sehinggakan di metafora kan sebagai bergosip atau bercerita tentang sesuatu isu.

Sis sebenarnya tak berapa gemar dengan konsep membawang ni. Mungkin juga disebabkan kebanyakkan term membawang ni digunakan untuk bercerita tentang cerita-cerita sensasi.

Tapi bukan itu yang kita nak bincang hari ini. Sebenarnya hari ini sis nak kongsikan dekat korang kelebihan bawang itu sendiri pada kesihatan kita, jadi jom baca ni dan tambah sikit ilmu tentang tips kesihatan hidup.

Kawal gula dalam darah

Dalam darah manusia sudah semestinya mengandungi sejumlah gula. Dalam sebiji bawang besar mengandungi mineral yang penting  yang dapat membantu sel dalam badan kita untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan kita daripada berlebihan!

Cegah asma

Korang yang mempunyai asma tu mesti sering terbatuk dan mempunyai kahak yang banyak dalam dada tu kan? Batuk pun tersiksa. Tapi kalau korang amalkan untuk bawang besar, ia dapat membantu mengeluarkan kahak-kahak yang tersekat dalam dada tu.

Membantu sistem penghadaman

Salah satu kelebihan bawang besar adalah membantu kekalkan kesihatan sistem penghadaman korang. Ini disebabkan serat yang ada dalam bawang tu membantu korang yang ada sakit berkaitan dengan penghadaman seperti sembelit dan sakit perut.

Cegah penyakit kanser

Korang tahu tak dalam bawang merah ada satu bahan yang disebut zat quercetin. Zat ini yang membuatkan bawang tersebut berwarna kemerahan gelap. Bukan itu sahaja, zat dalam bawang besar ini juga berfungsi sebagai melawan penyakit kanser!

Semoga artikel ni dapat membantu korang menyedari kelebihan bawang besar pada kesihatan kita dan lepas ni kalau ada bawang dalam masakan jangan buang ye!

Sumber:FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my