D-Life

Jangan tahu pakai je, ini 4 fungsi ‘face mist’ yang sebenar!

Oleh  | 

Face mist ataupun facial mist merupakan salah satu produk kulit yang membantu menyegarkan kulit wajah kita. Face mist juga boleh digunakan untuk menyegarkan wajah selepas solek sebelum memulakan solekan dan sebagai setting spray untuk kekalkan solekan di wajah.

Namun, Dhia percaya mesti ramai yang belum tahu fungsi sebenar face mist untuk kulit wajah kita kan? Kenapa ada sesetengah orang menggunakan face mist sebelum memulakan solekan dan ada juga yang menggunakan produk ini selepas bersolek?

Sebenarnya, face mist mampu memberikan effect glowing dan menyegarkan wajah tau. Lebih-lebih untuk korang yang mempunyai kulit kering, pastinya face mist sangat membantu untuk menyegarkan semula kulit wajah.

Image result for wearing facemist

Selain itu, face mist juga boleh mencegah penuaan. Sekiranya kulit kita sering terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, ianya boleh mengakibatkan kulit mengalami hidrasi.

Face mist merupakan penyelamat untuk mendapatkan kembali kelembapan dan kesegaran kulit wajah. Face mist juga mengandungi nutrisi yang baik untuk kulit wajah dan akan melambatkan penuaan kulit.

Related image

Akhir sekali, face mist juga digunakan selepas solekan bagi tujuan untuk solekan kekal lama.  Ha,  face mist boleh membantu mengekalkan solekan walaupun kulit sedang berminyak. Korang yang mempunyai masalah kulit berminyak tu bolehlah cuba apply facemist sebelum dan selepas solekan supaya solekan korang tak mudah rosak ye. 

So selepas ini, tak ada salahnya korang menggunakan face mist secara kerap kerana produk ini sangat membantu untuk menyegarkan semula kulit wajah. Lebih-lebih untuk wanita yang bersolek setiap hari. Dengarnya di Superdeals ada promosi untuk Hera Facemist. Apa yang menariknya face mist ini mengadungi ekstrak rose dan penghantaran secara percuma sahaja tau! Baik korang grab cepat sementara masih ada stok okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my