Dhia Glam

Jangan tahu pakai je tapi trend bra korang tak tahu, sini sis nak ‘share’!

Oleh  | 

RASANYA semua orang sudah tahu bra, coli atau baju dalam orang perempuan merupakan pakaian dalam untuk menutup payudara perempuan. Sejarah baju dalam bermula daripada pemakaian korset pada abad ke-16. Namun lama-kelamaan baju dalam ini telah diubah suai selari dengan peredaran zaman.

FOTO: Pinterest

Korang tahu tak pada tahun 1940-an hingga 1950-an, trend bullet bra semakin terkenal dalam kalangan wanita pada ketika itu? Apa itu bullet bra?

Bullet bra merupakan bra yang mempunyai cup yang runcing. Biasanya bullet bra akan dipadankan dengan baju yang ketat supaya bentuk bra akan nampak lebih menyerlah.

Terdapat beberapa selebriti hollywood pada zaman itu terkenal dengan memakai bullet bra. Antaranya seperti Marilyn Monroe, Elizabeth Taylor, dan Jayne Mansfield.

FOTO: Pinterest

FOTO: Pinterest

Elizabeth Taylor merupakan salah seorang selebriti yang menaikkan fesyen bullet bra. Pada ketika itu, para selebriti yang menjadi model untuk bullet bra ini akan digelar sebagai sweater girls.

FOTO: Pinterest

Bullet bra akhirnya digantikan dengan bentuk bra yang lebih natural setelah trend bentuk badan seperti jam pasir ala Marilyn Monroe tidak lagi relevan pada waktu itu.

Namun pada tahun 1990, bullet bra kembali dipakai semula apabila Madonna memakai bullet bra ketika dalam rancangan Jean Paul Gaultier.

Kemudian bullet bra kembali dihasilkan oleh sebuah jenama iaitu What Katie Did. Sejak daripada itu bullet bra kembali hit dan menjadi trend kepada golongan wanita muda. Tapi, bullet bra ni masih lagi tak mampu menandingi push up bra yang sememangnya menjadi kegemaran wanita abad ini.

Fuyoh! Kalau korang lah, nak pakai ke tak bullet bra yang sememangnya nampak berani dan ranggi ini?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my